suria

Shakilla Khoriri dah sembilan hari tak dengar khabar Ameena - “Mungkin anak umi khusyuk menunaikan umrah sampai terlupa”

Shakilla sedia menanti anaknya dengan sabar.

PELAKON Shakilla Khoriri meluahkan rasa rindu apabila sudah sembilan hari tidak menerima sebarang khabar daripada anaknya, Ameena Sofia yang kini berada di Tanah Suci menunaikan umrah bersama bekas suami, Fizi Ali.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, bagaimanapun percaya mungkin anaknya terlalu sibuk menjalani ibadah bersama bapanya.

"Hari ini sudah sembilan hari tak dengar khabar berita. Mungkin anak umi khusyuk menunaikan umrah sampai terlupa umi.

Shakilla luah rindu dengan Ameena.

"Tapi jangan risau, umi tak kecil hati. Bukanlah tak boleh bertanya tapi mengharapkan panggilan dan tawaran kepada seorang anak yang belajar mencari ibunya untuk segala hal," katanya.

Perkara itu dikongsikan Shakilla menerusi hantaran di Instagram Story, bersama foto mesranya bersama Ameena.

Dalam masa sama, Shakilla mengakui dirinya mungkin kurang menekankan tentang peranan seorang ibu kepada anak kecilnya itu.

"Mungkin umi kurang ajaran itu dekat Ameena. Mungkin juga Ameena terlalu kecil untuk rasa pentingnya seorang ibu dalam hidup Ameena. Ameena anak terbaik umi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri sudah maklum awal, kelibat Fizi Ali tiada di hari sukan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Jual ‘chili oil’ demi tanggung keperluan anak, Shakilla minta Fizi Ali henti kait bisnes dengan isu peribadi

"Satu-satunya anak umi dunia akhirat, umi tak akan berkecil hati sebab umi tahu semua. Semoga selamat sampai rumah kita nanti. Umi tunggu awak," luahnya.

Untuk rekod, Shakilla pernah berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena.

Selepas itu, Shakilla kembali bertemu jodoh dengan Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi pula mendirikan rumah dengan wanita pilihannya iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain