PELAKON Shakilla Khoriri tampil menjawab pertanyaan netizen tentang kelibat bekas suaminya iaitu penyampai radio Fizi Ali yang dikatakan tidak kelihatan di hari sukan sekolah anak mereka pada Sabtu.
Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, berkata dia sudah memaklumkan lebih awal tentang acara berkenaan namun Fizi memberi alasan sibuk bekerja.
“Mungkin dia yang tak nak ambil tahu atau rasa tak penting.
Netizen mempersoalkan ketiadaan Fizi pada hari sukan Ameena (tengah).
"Sudah masuk tiga tahun, takkan alasan kerja. Habis saya tak kerja?
“Dia maklum hal penting ini, dari awal April saya sudah beritahu. Tapi dia hilang dan sunyi sepi,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Shakilla sebelum itu memuat naik satu hantaran di Instagram berhubung perkara berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Jual ‘chili oil’ demi tanggung keperluan anak, Shakilla minta Fizi Ali henti kait bisnes dengan isu peribadi
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fizi Ali tampil pertahankan suami, sedar status hanya sekadar ibu tiri Ameena
Menurut pelakon ini, dia sudah menjangka akan persoalan pengikut di media sosial yang bertanyakan kehadiran bersama Fizi di acara berkenaan.
"Ramai betul tanya soalan fasal kewujudan orang yang sepatutnya. Saya bukan bomba nak mencari orang yang hilang dari radar.
Mungkin dia yang tak nak ambil tahu atau rasa tak penting.
SHAKILLA KHORIRI
PELAKON
"Ramai yang teka Fizi sebab tak nampak daddy Ameena (Fizi) dekat hari sukan Ameena. Dia muncul bila giliran dia ambil Ameena, selain daripada itu hilang dari radar," ujarnya.
Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.
Shakilla kembali bertemu jodoh dengan Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi pula mendirikan rumah dengan wanita pilihannya iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!