suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sempat berhenti tepi jalan sebelum terkulai kaku... Ibu hembus nafas terakhir atas motosikal disaksikan anak bongsu

Tangkap layar daripada video memaparkan wanita dikenali sebagai Lu'lu Atunni'mah menghembuskan nafas terakhir di atas motosikal. -Foto media sosial

PERJALANAN seorang ibu tunggal untuk mendapatkan rawatan berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia ketika menunggang motosikal bersama anak bongsunya yang berusia tiga tahun.

Wanita dikenali sebagai Lu'lu Atunni'mah, 38, dari Desa Jebeng, Kecamatan Slahung, Jawa Timur itu dilaporkan dalam perjalanan ke sebuah klinik, apabila dia tiba-tiba berasa lemah dan sempat memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.

Anaknya yang menyedari keadaan tersebut segera turun daripada motosikal untuk memeriksa keadaan ibunya yang tidak bermaya, sebelum didatangi beberapa orang awam.

Ketua Polis Sektor Slahung, AKP Pitoyo, mengesahkan kejadian yang berlaku pada 17 Oktober lalu.

Menurut Pitoyo, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan.

Bagaimanapun, petugas kesihatan yang tiba untuk melakukan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Pihak polis kemudian menghubungi keluarga mangsa sebelum menyerahkan urusan selanjutnya kepada mereka.

Menurut Pitoyo, keluarga memaklumkan bahawa mangsa mempunyai sejarah penyakit gastrik.

Mangsa menyara empat orang anaknya dengan bekerja sendiri selepas kematian suami. 

Tiga daripada anaknya sedang menuntut di pondok pesantren, manakala anak bongsunya berusia tiga tahun. -Agensi

Artikel Lain