suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen ‘sound‘ jaga Fazura baik-baik, Que Haidar balas balik... “Aku bukan macam kau“

Que rapat dengan Fazura disebabkan keserasian.

PELAKON Que Haidar menegaskan hubungan yang terjalin antara dirinya dengan aktres Nur Fazura adalah disebabkan keserasian semata-mata, bukannya bersandarkan rupa paras atau nama wanita itu.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, berang terhadap seorang pengguna media sosial yang cuba memberi amaran kepadanya agar tidak mempermainkan perasaan atau meminggirkan aktres tersebut.

Hantaran balas itu tercetus apabila seorang individu meninggalkan komen kepada Que memberi peringatan supaya bersikap matang dalam perhubungan.

Kenyataan Que di Threads. 

“Jangan main 'ghosting-ghosting', palau-palau tahu kalau perlukan ruang. Jadi lelaki, dia ialah Fazura,” tulis pengguna berkenaan.

Susulan itu, Que membalas hantaran itu dengan meminta individu berkenaan memahami niatnya berkawan dengan Fazura hanyalah satu. 

“Aku bukan macam kau. Aku berkawan dengan dia sebab keserasian kami. Bukan sebab dia cantik atau dia Fazura... hadam!” balas Que. 

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Que Haidar jumpa keluarga, ini penjelasan Fazura... “Tak salah eratkan silaturahim”

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan istimewa Fazura buat Que Haidar, imbau kenangan kembali bertemu selepas 16 tahun

Untuk rekod, keakraban antara Fazura dan Que menjadi sorotan warga maya apabila kedua-dua mereka sering dilihat berbalas komen mesra serta meluangkan masa bersama menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Sebelum ini, mereka pernah mewarnai industri perfileman tanah air menerusi Gol & Gincu pada 2005 serta Lagenda Budak Setan (2010).

Persahabatan mereka bertaut kembali selepas kedua-duanya digandingkan bersama sebagai duta bagi sebuah jenama pakaian terkemuka pada tahun ini.

Que dan Fazura mula rapat sejak tahun ini. 

Untuk rekod, Fazura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

Sementara itu, Que pula pernah berkahwin dengan guru tari terkenal, Linda Jasmine pada Februari 2009 dan bercerai pada Julai 2024. Pasangan itu memiliki dua anak perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.

Artikel Lain