suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaka Azraff ‘buang‘ dendam dan kecewa, hidup lebih tenang besarkan tiga anak

Kaka Azraff bahagia menguruskan anak-anak bersendirian.

PENYANYI Kaka Azraff mengakui kehidupannya kini jauh lebih bahagia dan tenang menguruskan tiga anak lelakinya berbanding fasa terdahulu yang penuh duka.  

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata hatinya pada masa lalu hanya diselubungi kecewa dan dendam sehingga sukar untuk menikmati erti kegembiraan sebenar.

“Apa yang membuatkan saya tersentuh adalah apabila menyedari betapa berbezanya perasaan saya sekarang berbanding dahulu.

Kehidupan Kaka sekarang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. 

“Dulu, terlalu banyak rasa kecewa dan dendam yang tersimpan dalam hati. Saya melakukan semua perkara ini, tetapi jauh di sudut hati, saya sebenarnya tidak sentiasa bahagia.

“Namun sekarang, walaupun penat, saya benar-benar menikmati setiap detik bersama mereka,” kongsinya di halaman Threads. 

Mengulas mengenai rutin harian, Kaka memberitahu dia menguruskan perihal anak-anaknya secara bersendirian tanpa pertolongan pembantu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah ‘co-parenting‘, Kaka Azraff sedih lihat anak pindah-randah ikut giliran jagaan... “Rasa ‘koyak‘ sangat jiwa saya tengok mereka“

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff sah cerai talak dua

Kaka menyifatkan keletihan tersebut hilang serta-merta apabila melihat telatah dan senyuman anak-anak di hadapan mata biarpun jadual hariannya sangat memenatkan. 

“Kebanyakan masa, hanya saya dan tiga anak lelaki saya bersama tanpa pembantu rumah atau sesiapa yang membantu. Penat itu memang penat, tetapi entah bagaimana, hati saya sentiasa rasa penuh dengan kebahagiaan setiap kali bersama mereka.

“Membawa mereka keluar berjalan-jalan, melihat mereka gembira dan melakukan perkara-perkara kecil bersama. Kini saya dapat menikmati pengalaman menjadi seorang ibu dengan hati yang jauh lebih tenang dan damai,” ujarnya. 

Kaka dan bekas suami, Adam bercerai pada 4 Jun lalu. 

Tidak mahu menganggap perjalanan baharunya ini bebas daripada cabaran, Kaka bagaimanapun bersyukur kerana sudah menemui ketenangan jiwa yang dicari selama ini.

“Saya bukan mengatakan kehidupan sekarang semuanya mudah. Tetapi saya bahagia.

“Saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai kebahagiaan seperti ini bersama anak-anak lelaki saya. Mungkin inilah sebenarnya erti ketenangan yang selama ini saya cari,” tambahnya. 

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018 sebelum sah bercerai talak dua pada 4 Jun lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 7, Aryan, 5, dan Atta Adam yang kini berusia tiga tahun.

Artikel Lain