suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan mudah ‘co-parenting‘, Kaka Azraff sedih lihat anak pindah-randah ikut giliran jagaan... “Rasa ‘koyak‘ sangat jiwa saya tengok mereka“

Kaka kini sedang menyesuaikan diri dengan situasi baru.

PENYANYI Kaka Azraff mengakui proses menjaga anak bersama bekas suami bukanlah satu perkara yang mudah dan menuntut ketahanan emosi yang tinggi buatnya. 

Kaka atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff, 37, mengakui dia masih berada dalam fasa menyesuaikan diri dan mencari titik keseimbangan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun Kaka bersyukur kerana dia dan bekas suami iaitu Adam Azriff memberikan kerjasama baik dalam urusan penjagaan anak-anak.

“Susah sebenarnya 'co-parenting' ini sebab benda ini masih baharu, jadi sekarang kami masih lagi mencari titik keseimbangan itu.

Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya tak mahu berselindung atau berlagak kononnya hidup ini seronok sahaja. Orang yang pernah melalui fasa perceraian pasti faham. Ia bukan mudah, tetapi kita kena sentiasa mencuba demi memudahkan kedua-dua pihak.

“Penjagaan anak ini bukan fasal saya atau bekas suami, tetapi mengenai apa yang terbaik untuk anak-anak. Masalah peribadi kami letak ke tepi kerana keutamaan adalah memastikan emosi dan kebajikan mereka terjaga,” katanya kepada mStar. 

Kaka juga mengakui berasa sedih apabila melihat anak-anak terpaksa membiasakan diri dengan rutin baharu yang memerlukan mereka kerap berpindah kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff sah cerai talak dua

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran media sosial Kaka Azraff bukan tuju pada bekas suami, hubungan baik selepas cerai

“Bila bercerai ini, rutin anak-anaklah yang paling berbeza dan berubah kerana kena berpindah-randah tempat. Benda itu sebenarnya sangat mengganggu emosi saya.

“Bila tengok anak kena balik ke sana, lepas itu balik rumah saya semula dan baru nak sesuaikan diri kena balik ke sana semula, rasa macam 'koyak' sangat jiwa saya tengok mereka.

“Sebab kita tak pernah lalui fasa macam itu sebelum ini. Jadi saya cuba cari cara bagaimana nak buat perkara itu nampak lancar untuk mereka. Saya sendiri pun masih cuba memahami keadaan ini,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Kaka memberitahu anak sulungnya yang kini berusia tujuh tahun sudah mula menunjukkan tanda-tanda faham akan situasi hubungannya bersama bekas suami. 

Kaka mempunyai tiga cahaya mata. 

“Anak pertama dah berusia tujuh tahun, jadi dia dah faham. Kadang-kadang dia masih lagi bertanya, tetapi saya cuba jelaskan kepadanya secara perlahan-lahan tanpa memaksa dia terlalu faham.

“Alhamdulillah, perlahan-lahan dia mula mengerti keadaan kami,” jelasnya. 

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam pada 14 Disember 2018 dan bercerai talak dua pada 4 Jun lalu. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahata mata iaitu Aslan, 7, Aryan, 5 dan Atta Adam, 3 tahun. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain