PELAKON Che Puan Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki bagi kehamilan anak ketiganya.Menerusi perkongsian di Instagramnya, Juliana Sophie Johari Evans, 36, memilih untuk mengadakan majlis pendedahan jantina secara ringkas dan santai bersama suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah dan anak sulung mereka. Momen istimewa itu diraikan menerusi acara memotong kek bersama-sama sebelum mendedahkan bahagian dalam kek tersebut yang berwarna biru sebagai simbolik kehadiran bayi lelaki.Hantaran Juliana Evans di Instagramnya. "Yay, ia bayi lelaki! Alhamdulillah," kata Juliana selepas mengetahui jantina bayi tersebut. Ketiga-tiga mereka kelihatan teruja dan gembira saat menyedari bakal menerima kehadiran bayi lelaki dalam keluarga tidak lama lagi.Sebelum ini pada awal Jun lalu, Juliana Evans mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini hamil anak ketiga.ARTIKEL BERKAITAN: Juliana Evans hamil anak ketigaARTIKEL BERKAITAN: Puas 5 tahun jadi suri rumah, Juliana Evans mahu terus berlakon jaga kesihatan mentalJuliana berkata sememangnya kehadiran ahli keluarga baharu sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan.Menerusi hantaran tersebut, Juliana berkongsi video bercerita sambil memegang bahagian perut yang menampakkan ‘baby bump’.Untuk info, Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah mendirikan rumah tangga dengan pada 30 April 2017.Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 7, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube