suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Gelaran ‘Ratu Irama Malaysia‘ satu amanah“ - Noraniza Idris sebak dipuji, berjuang lebih tiga dekad

Peminat memuji perjuangan Noraniza.

PENYANYI Noraniza Idris meluahkan rasa terharu apabila menerima komen peminat yang memuji perjuangannya meneruskan muzik irama Malaysia dalam industri seni tempatan.

Menurut Noraniza, 58, gelaran Ratu Irama Malaysia yang cukup sinonim dengan dirinya juga merupakan satu amanah dalam mempertahankan kesinambungan genre tersebut.

Biarpun melalui proses perubahan zaman, penyanyi ini percaya warisan irama tempatan tidak harus dilupakan.

Noraniza berjanji akan terus perjuangkan irama tradisional. 

"Lebih tiga dekad mempertahankan Irama Malaysia bukan perjalanan yang mudah, tetapi saya sentiasa percaya bahawa warisan tidak boleh ditinggalkan hanya kerana zaman berubah.

"Gelaran Ratu Irama Malaysia diberi sebagai satu amanah untuk saya terus menjaga, memperjuangkan dan mewariskan seni budaya kita kepada generasi seterusnya.

"Selagi diberi kudrat, insya-Allah saya akan terus berdiri untuk irama Malaysia," tulisnya membalas komen di laman Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara konsert Siti, Noraniza Idris hilang kawan - “Bila tak approach untuk bersama, dia jadi musuh pula dengan kita“ 

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tegur penganjur acara, nak ‘pinang’ artis kena tahu harga dulu... “Jangan letak nilai penyanyi itu macam hobi korang”

Menerusi satu hantaran daripada seorang peminat, individu berkenaan menyifatkan Noraniza sebagai seorang pejuang hebat yang meneruskan legasi irama tradisional dalam industri muzik tempatan.

Sementara itu, dalam satu ruangan komen berbeza, Noraniza turut meluahkan rasa bangga apabila ada dalam kalangan anak muda yang menunjukkan minat terhadap muzik irama tradisional.

Lagu-lagu irama tradisional nyanyian Noraniza sentiasa jadi siualan ramai. 

Penyanyi ini bahkan secara terbuka sedia berkongsi ilmu agar warisan budaya dapat diteruskan.

"Saya sangat gembira bila ada generasi yang berminat mendalami irama Malaysia. Boleh mula sedikit demi sedikit dan jika ada kesempatan saya akan cuba bantu beri panduan berdasarkan pengalaman," ujarnya.

Terbaharu, Noraniza tampil dengan sebuah lagu berjudul Salam Kaut yang mula mendapat perhatian peminat muzik tanah air.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain