PENYANYI Noraniza Idris menegur segelintir penganjur acara yang baharu berkecimpung dalam bidang ini agar tidak bersikap sambil lewa dalam menguruskan sesebuah acara khususnya program yang membabitkan artis.Menurut Noraniza, 57, penganjur sepatutnya terlebih dahulu memahami selok-belok pengurusan acara serta mengetahui kadar bayaran kepada artis jemputan sebelum menawarkan kerjasama. "Kepada penganjur acara yang baru nak naik. Sebelum korang layak nak bergelar penganjur, belajarlah dulu cara nak buat acara. Noraniza seakan terkilan dengan tawaran yang diterima."Lebih-lebih lagi bila ada hajat nak melibatkan artis dalam projek korang."Bajet korang kena ada dulu dalam poket. Tak kira apa keadaan korang sekali pun," katanya menerusi hantaran di Threads.Noraniza bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci kejadian yang mendorongnya memberikan teguran berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris gementar fikir jangkaan peminat, terbayang arwah Pak Ngah pasti banggaARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tetap sokong konsert Siti NurhalizaDalam pada itu, penyanyi lagu Dikir Puteri ini menegaskan usaha menganjurkan acara termasuk berkonsepkan amal tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memandang ringan hak serta bayaran kepada artis yang terlibat."Orang luar tak peduli kisah sedih korang nak jadi penganjur. Walaupun nak buat kerja amal ataupun CSR, sebelum korang nak meminang, belajar dulu rate card artis."Jangan letak nilai penyanyi itu macam hobi korang menyanyi," ujarnya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai sekali gus mengundang rasa ingin tahu netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube