PENYANYI Suliza Salam menitipkan pesanan kepada anaknya iaitu Ismail Izzani supaya tidak membawa pulang calon isteri sekiranya masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa serius.Suliza, 60, berkata, dia mudah menyayangi seseorang malah akan turut kecewa sekiranya hubungan tersebut tidak berakhir ke jenjang pelamin. “Saya selalu pesan dekat dia, kalau belum (serius) jangan bawa jumpa saya, sebab saya ini mudah sayang.Suliza bersama anak-anaknya.“Nanti kasihan, saya pun sedih sebab kita anggap anak orang pun macam anak kita. Kita tahu perasaan mereka kecewa macam mana,” katanya kepada mStar.Suliza bagaimanapun berkata dia kini melihat Ismail, 26, semakin matang dan percaya anak lelakinya itu sudah mampu membuat pertimbangan yang baik dalam memilih pasangan hidup.“Jadi lelaki ini yang penting adalah kena pandai kawal diri, kawal nafsu, kawal kemarahan, nafsu marah, nafsu apa semua. Saya kata nafsu mata.“Kalau dah sampai ke tahap itu, berkahwinlah. Kalau tidak, janganlah nanti menyakitkan dan menganiaya anak orang, anak dara orang,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Suliza Salam tiada hasrat aktif semula, menyanyi ‘suka-suka‘ di majlis rakan terdekat sajaARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Suliza Salam kembali bergelar isteri, Ismail Izzani dapat bapa tiriSebagai seorang ibu, Suliza mengakui dia sentiasa memikirkan kemampuan anaknya dalam memikul tanggungjawab selepas mendirikan rumah tangga.“Sebagai mak, sejujurnya, macam mana anak aku ini? Boleh ke dia nak menghidupkan orang? Wallahi, itu kebimbangan saya.“Sebab itu orang kata, ‘Oh anak dah besar, senanglah.’ Tidak semudah itu. Kita jadi ibu ini sampai bila-bila pun pasti ada kerisauan tentang anak-anak,” jelasnya.Suliza sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya, Ismail.Dalam pada itu, Suliza mengakui sudah bersedia melihat Ismail mendirikan rumah tangga selain menimang cahaya mata hasil perkahwinan itu kelak.“Saya rasa Ismail mungkin sudah bersedia nak berumah tangga, tapi kita tunggulah masa yang sesuai. Saya kata jangan lama-lama, mama masih sihat, nak tengok cucu, nak tengok awak sanding.“Yelah, kita dah berusia ini banyak yang kita fikir. Sempat ke tengok cucu pula kahwin? Itulah namanya manusia, namanya ibu,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube