LAMA tidak mendengar khabar, nama penyanyi Felix kembali menjadi sebutan selepas lagu popularnya berjudul Warkah Berlagu Pilu yang dinyanyikan peserta program Big Stage X Rocketfuel, Hussain menjadi tular.Terharu dengan sokongan peminat, Felix atau Felix Agus, 44, memberitahu persembahan Hussain itu juga telah membuka mata ramai peminat muzik tentang kewujudannya sebagai seorang penyanyi. "Apabila lagu itu dinyanyikan dan kebetulan Hussain pun bergelar juara, ia mula menjadi tular."Bermula dari situlah nama saya juga kembali menjadi sebutan. Ramai juga yang bertanya tentang saya," katanya ketika dihubungi mStar.Felix masih aktif menerima tawaran membuat persembahan. Biarpun namanya semakin jarang menjadi sebutan, naib juara program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini memberitahu dia tidak pernah meninggalkan kerjaya dalam dunia seni.Malah, menurut Felix, dia masih aktif menerima undangan membuat persembahan selain kini bergelar penyampai radio di Kupi-Kupi FM yang bersiaran di Sabah.Dalam masa sama, dia menegaskan tidak pernah menghilang meskipun timbul andaian Felix telah meninggalkan kerjaya seni.ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali tolak tawaran GV demi keluarga, kini Felix AF3 lebih sedia ARTIKEL BERKAITAN: Felix Agus (AF3) Mahu Angkat Semula Namanya"Orang-orang di Semenanjung mungkin tak tahu saya masih aktif. Selalu sahaja saya jumpa komen yang mengatakan saya menghilang. Ada juga komen-komen panas yang mengatakan saya sudah miskin dan balik kampung."Saya tidak salahkan mereka. Tetapi saya ingin beritahu bahawa saya masih aktif menyanyi dan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain."Di Sabah ini banyak acara dan saya selalu mendapat tawaran membuat persembahan. Saya tidak akan tinggalkan kerjaya seni sebab ini adalah bidang yang saya minat," ujarnya.Felix teruja bakal bertemu peminat di Kuala Lumpur. Mengubati kerinduan peminat di Kuala Lumpur, Felix bakal tampil membuat persembahan sempena Konsert The Journey of Mawi World yang dijadualkan berlangsung pada 8 Oktober.Dalam keterujaan, Felix juga mengakui sedikit gementar untuk menghiburkan peminat yang sudah lama tidak bertemunya."Memanglah teruja, tetapi risau juga. Takut saya tak boleh nak puaskan hati orang ramai. Namun, saya tak mahu perkara itu mengganggu fokus saya melakukan persediaan untuk konsert itu."Kalau tidak sempurna pun, sekurang-kurangnya saya dapat tampil membuat persembahan di depan orang ramai. Sekarang saya sedang giat melakukan latihan," ceritanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube