DEMI menjaga imej sebagai seorang Muslimah, penyanyi Syasya Rizal memastikan seluruh pasukan yang bekerja dengannya terdiri daripada wanita.Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata keputusan itu termasuk memilih jurusolek dan penari wanita bagi memastikan dia berasa lebih selesa ketika bekerja. “Sebelum ini ada yang komen dan anggap jurusolek saya adalah lelaki. Tidak, selepas saya berhijrah, semuanya saya bekerja dengan perempuan.Syasya teliti dalam menjaga batas. “Saya selesa begitu dan kalau perasan seluruh pasukan saya adalah perempuan termasuklah jurusolek,” katanya ketika ditemui semasa sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Different di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.Syasya sebelum ini memilih untuk berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya pada tahun 2024.Dalam pada itu, Syasya berkata dia akur dan tidak menolak sekiranya ada urusan yang memerlukannya bekerjasama dengan lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘follow’ kisah artis, Syasya Rizal tunjuk bukti minat BTS... Beli tiket konsert bukan kerana FOMO ARTIKEL BERKAITAN: Panik peminat hampir menangis, Syasya Rizal tersentuh kisah hidupnya jadi inspirasiNamun, dia akan memastikan suami sentiasa menemaninya sekiranya dia perlu bekerja bersama individu berlainan jantina.“Kalau bercakap soal bekerja bersama komposer, sudah tentu ada lelaki tetapi itu semua dengan keberadaan suami saya,” ujarnya.Ditanya sekiranya tarian lincahnya menerusi lagi Different tidak sesuai dengan penampilannya, Syasya tidak melatah sebaliknya menganggap ia pendapat masing-masing.“Lagu ini saya bawa imej yang orang kenal tetapi dalam fasa berbeza. Bertudung bukanlah satu perkara yang boleh menghentikan seseorang daripada mengecapi apa yang kalian mahukanSYASYA RIZAL PENYANYI “Walaupun saya dah bertudung, ia tidak menghalang saya untuk buat benda yang saya minat,” jelasnya.Sementara itu, Syasya berharap dapat mengekalkan imej sebagai wanita bertudung sekiranya dia tampil dengan karya berkonsepkan tarian dan genre yang sama pada masa akan datang.“Kalau ada lagi lagu bergenre seperti ini, memang saya nak kekalkan imej di mana sesiapa yang berjalan dan bekerja dengan saya mesti bertudung.Lagu baharu menjadi bukti Syasya terus aktif menyanyi. “Bertudung bukanlah satu perkara yang boleh menghentikan seseorang daripada mengecapi apa yang kalian mahukan.“Mungkin ada di luar sana menganggap hijab satu bebanan tetapi sebenarnya tidak. Hijab bukan satu bebanan atau penghalang kepada kejayaan,” kongsinya.Dalam perkembangan lain, Syasya baharu sahaja muncul dengan sebuah karya baharu berjudul Different yang menampilkan versi diri lebih matang, yakin, dan berdikari.Different dicipta dan ditulis bersama barisan komposer terkemuka seperti Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi, Naim Daniel, serta Syasya Rizal sendiri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube