suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jarang ‘follow’ kisah artis, Syasya Rizal tunjuk bukti minat BTS... Beli tiket konsert bukan kerana FOMO

Syasya kini tidak lagi obses meminati mana-mana artis.

PENYANYI Syasya Rizal memberitahu kehidupannya kini jauh berbeza berbanding zaman remaja apabila tidak lagi terlalu mengikuti perkembangan artis kegemaran seperti dahulu.

Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata statusnya sebagai isteri dan ibu membuatkan dia lebih menjaga batas serta menghormati suami dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Sekarang saya dah ada suami, anak, kerjaya dan kehidupan yang berbeza. Jadi memang saya dah tak ikut perkembangan artis macam dulu dan cuba menjaga batas serta menghormati suami.

Perkongsian Syasya yang dimuat naik di Threads.

“Tapi muzik yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman remaja saya mestilah masih saya hargai sampai hari ini,” katanya.

Syasya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.

Dalam pada itu, Syasya turut menepis dakwaan dia hanya menjadi peminat BTS kerana terikut-ikut atau FOMO (fear of missing out) susulan konsert kumpulan K-pop popular itu yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Disember depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Panik peminat hampir menangis, Syasya Rizal tersentuh kisah hidupnya jadi inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal rindu Dolla, sedia kolaborasi ikut kesesuaian imej

Kata Syasya, minatnya terhadap BTS sudah bermula sejak lebih sedekad lalu dan bukannya sesuatu yang baharu.

“Ada yang cakap Syasya tiba-tiba jadi Army (kelab peminat BTS) sebab FOMO nak pergi konsert. Tapi rasanya Army yang lama tahu, zaman dulu kita bukan setakat stream lagu, tapi siap buat fanfic (fan fiction) dekat Facebook lagi.

“Ini sekitar tahun 2014 hingga 2015, masa umur 13 atau 14 tahun. Tahap delulu sampai edit kulit muka depan fanfic sendiri tau,” ujarnya.

Syasya pernah menjadi peminat tegar kumpulan BTS.

Selain itu, Syasya turut berkongsi beberapa bukti lama yang menunjukkan dia aktif menghasilkan kandungan berkaitan BTS sebelum ini.

“Banyak lagi video cover dance BTS sebenarnya, cuma yang itu saya simpan sebab waktu itu belum bertudung.

“Jadi kalau nak kata saya baru minat BTS sebab FOMO, ada banyak lagi bukti yang menunjukkan saya memang peminat sejak era We Are Bulletproof,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain