suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iman Troye teruja ada ‘showcase’ sendiri, mula cari idea hiburkan peminat

Iman bersyukur diberi peluang hiburkan peminat.

PENYANYI Iman Troye meluahkan rasa teruja apabila dia diberi peluang untuk membuat persembahan solo sempena Spotlight KLCC Series yang bakal berlangsung pada September nanti.

Lebih menggembirakan, ini juga merupakan satu pengalaman berbeza buat Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabudin, 24, kerana tidak berkongsi pentas dengan mana-mana rakan artis lain seperti persembahan sebelum ini.

"Memang teruja sebab saya dapat belajar perkara baharu. Ini juga merupakan showcase pertama saya.

Iman cari idea terbaik untuk hiburkan peminat. 

"Sebelum ini ada acara konsert, tetapi melibatkan artis lain juga. Kali ini lebih intim antara penyanyi dan penonton. Setiap artis yang terlibat akan mempunyai sesi mereka sendiri," katanya.

Dalam usia yang masih muda, Iman juga sedar bukan mudah untuk dia mendapat peluang sebegini.

Namun, tanggungjawab yang diberikan itu akan digalas sebaik mungkin agar dapat memberikan persembahan terbaik buat penonton.

Baginya, kreativiti dalam persembahan amat penting supaya penonton berpuas hati menyaksikan nyanyiannya pada salah satu sesi acara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye pertahan tindakan Ryzal Ibrahim rakam video anak, boleh jadi rujukan doktor 

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit pun gigih kerja, Iman Troye abai nasihat doktor tak nak masuk wad

"Setiap sesi penyanyi lebih kurang dalam tempoh 90 minit dan membawakan sekitar 12 lagu. Apabila diberitahu, saya sudah mula terfikir tentang kreativiti yang ingin ditunjukkan.

"Saya ambil tanggungjawab ini sebagai satu tugas besar.

"Selama ini saya tidak pernah terfikir akan ada showcase sendiri. Syukur diberi kesempatan berada dalam senarai acara ini," luahnya.

Barisan artis yang turut membuat persembahan. 

Iman dijadualkan menghiburkan peminat pada 12 September menerusi sesi persembahan pukul 1.30 petang di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain Iman, artis lain yang akan membuat persembahan pada hari yang sama ialah Imran Ajmain (2.30 petang) dan Noryn Aziz (8.30 malam).

Sementara itu, penyanyi Aizat Amdan, Farhan serta kumpulan SOG akan tampil membuat persembahan pada 22 Ogos.

Tempahan tiket boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang ticket2u.  

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain