suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iman Troye pertahan tindakan Ryzal Ibrahim rakam video anak, boleh jadi rujukan doktor

Iman berpendapat masyarakat tidak seharusnya terburu-buru membuat andaian negatif .

PENYANYI Iman Troye tampil mempertahankan tindakan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim, yang merakam detik cemas ketika membawa anaknya ke hospital selepas perbuatan itu menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Menurut Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabuddin, 24, masyarakat tidak seharusnya terburu-buru membuat andaian negatif terhadap Ryzal kerana rakaman tersebut berkemungkinan dibuat sebagai rujukan kepada doktor selain bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa.

"Saya rasa Ryzal rakam video itu untuk rujukan doktor. Mesti dia dan isteri trauma, jadi dia mahu sebarkan kesedaran kepada ibu bapa lain.

Iman memohon agar orang ramai berfikiran positif dan jangan cepat menghukum.

"Kita tak ada anak, kita tak tahu macam mana rasanya bila tengok anak sakit dan tidak sedarkan diri," katanya.

Iman berkongsi perkara itu ketika mengulas satu hantaran di Threads yang mempersoalkan tindakan Ryzal merakam dan memuat naik video tersebut ke media sosial.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Teman itu berpendapat perkongsian berkenaan boleh memberi manfaat kepada ibu bapa lain sebagai panduan sekiranya berdepan situasi sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencemaskan, anak Ryzal Ibrahim tak sedarkan diri selepas jatuh katil... “Gugur jantung kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Terubat rindu peminat dengar Naim Daniel ‘cover’ lagu bersama Iman Troye

"Jadi, perkara ini penting untuk ibu bapa di luar sana mengetahui bagaimana hendak bertindak.

"Kita nampak macam kecil, tetapi mungkin dapat membantu orang lain. Kita cuba pandang yang positif," ujarnya.

Pada Selasa, Ryzal berdepan detik cemas apabila anaknya, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Ryzal berkongsi situasi panik berkenaan sehingga dia dan isterinya, Maryam You Nare, terpaksa bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan sebuah hospital.

Kata Ryzal, Rian pada mulanya menangis dengan sangat kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dengan mata tertutup tanpa memberikan sebarang respons.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain