PENYANYI Liza Hanim tampil menjawab kritikan segelintir pihak yang mendakwa dia kononnya terlalu mengawal anak sehingga menjadi punca Marsya Qistina kurang menyinar dalam industri seni.Menafikan dakwaan itu, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 47, berkata dia sentiasa memberikan ruang dan kebebasan untuk anaknya mencorakkan masa depan sendiri. Bagi Liza, tindakannya selama ini bukan bertujuan untuk memanjakan anak secara berlebihan, namun mahu menjadi sistem sokongan yang sentiasa ada untuk anak-anaknya.Liza hanya mahu menjadi sistem sokongan kepada anak-anak."Ramai yang menganggap saya terlalu melindungi anak, tetapi sebenarnya tidak. Saya memberi kebebasan kepada Marsya untuk membuat pilihan dan menentukan hala tuju hidupnya sendiri."Mungkin ada yang tidak memahami perasaan itu. Pada saya, setiap ibu pasti mempunyai perasaan yang sama. “Jadi apabila ada yang mengatakan saya bersikap sedemikian kerana diri saya sendiri, saya rasa mungkin mereka bukan ibu bapa atau belum pernah melalui situasi seperti ini,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizenARTIKEL BERKAITAN: Masih ada job dan aktif menyanyi, Marsya Qistina akur nama belum cukup dikenaliLiza berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran lagu baru Marsya berjudul Siapa Diriku pada Selasa. Dalam masa sama, Liza memberitahu dia sama sekali tidak berkecil hati dengan tuduhan tersebut. Sebaliknya Liza menyifatkan naluri melindungi itu sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak-anak. Ramai yang menganggap saya terlalu melindungi anak, tetapi sebenarnya tidak.LIZA HANIMPENYANYI"Saya tidak rasa terkilan apabila dilabel dengan pelbagai tanggapan. Jika mahu, saya juga boleh melabel orang lain dan mengatakan mereka tidak memahami kerana tidak mempunyai anak. Tetapi saya tidak melihat perkara itu begitu."Saya percaya ibu bapa yang benar-benar mengambil berat tentang anak-anak pasti akan mempunyai perasaan yang sama, walaupun dalam kadar yang berbeza. “Kalau langsung tiada perasaan itu, pada saya ia agak pelik," ujarnya. Sebagai ibu, fokus utama Liza adalah untuk memastikan anak-anak tahu mereka mempunyai tempat yang selamat untuk berlindung tidak kira apa jua cabaran yang mendatang.Liza (kiri) tidak menghalang Marsya untuk mencari hala tuju sendiri."Tetapi mereka perlu sentiasa mempunyai keyakinan bahawa apa sahaja yang berlaku, mereka boleh pulang ke rumah dan berada dalam keadaan selamat. Itulah yang paling penting."Saya tidak pernah menganggap kerana sudah lama berada dalam industri, maka semua orang perlu menerima pandangan saya. “Saya juga perlu berubah dan belajar dari semasa ke semasa. Namun, sebagai seorang ibu, naluri untuk melindungi anak-anak tetap ada," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!