JUARA program realiti Talk To My Manager (TTMM), Marsya Qistina tampil memberi penjelasan selepas ada pihak mendakwa dia kurang menerima tawaran persembahan berbanding rakan peserta lain.Mengakui perkara tersebut berlaku, Marsya atau Marsya Qistina Mohamed Shahrin, 23, juga tidak menafikan rakan-rakan lain mempunyai kelebihan kerana nama mereka sudah dikenali sebelum program berkenaan. "Soal tak dapat tawaran persembahan itu, sejujurnya ya memang kuranglah kalau nak dibandingkan dengan Auddra dan Thalita. Tapi mungkin salah satu sebabnya sebelum TTMM mereka memang sudah dikenali.Marsya (kiri) merupakan juara TTMM musim pertama."Mereka memang sudah ada nama dan nama mereka pun agak besar juga. Jadi saya ini memang betul-betul baru dan fresh, pengikut di media sosial tak ada sangat waktu itu. Orang tak kenal saya," katanya.Anak kepada penyanyi Liza Hanim ini bagaimanapun menolak dakwaan dia tidak menerima tawaran dalam bidang seni.Meskipun jarang dilihat membuat persembahan pentas, Marsya masih aktif terlibat dengan kerja belakang tabir.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizenARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim letak syarat pembuli wajib bersemuka mohon maaf… “Jadilah seperti lelaki”"Bukannya saya langsung tak dapat tawaran. Kalau yang follow mungkin mereka tahu saya ada job dengan mama (Liza)."Bagi yang tidak tahu, saya bukan saja melakukan job menyanyi tetapi juga kerja-kerja belakang tabir seperti dubbing suara untuk beberapa projek seni. Saya ini bukan tak ada kerja langsung, ada saja,” ujarnya.Marsya dalam masa sama menegaskan tidak pernah berkecil hati apabila sesetengah pihak menganggap kerjaya seninya semakin kurang menyerlah.Marsya masih lagi menuntut di institusi pengajian tinggi.Malah, dia sentiasa percaya peluang terbaik akan datang buatnya.“Saya berusia 23 tahun dan kalau nak terasa hati, rasa macam budak-budak pula.“Tak mengapa, insya-Allah pada masa hadapan banyak lagi peluang untuk saya,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube