PENYANYI Aisha Retno dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca surah al- Qadr ketika terlibat dalam sebuah program televisyen pada Isnin. Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata maksud di sebalik ayat tersebut membuatkan hatinya tersentuh sehingga gagal menahan emosi. "Maaf jikalau Aisha tersebak membawa surah al- Qadr, sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini. Aisha tersentuh dengan makna surah al- Qadr."Ia begitu bermakna dan sentimental. Terima kasih jemput saya mengaji," katanya menerusi hantaran Thread.Perkongsian tersebut juga memaparkan momen ketika dia sedang membaca al-Quran bersama Izmir Fareez, Ustaz Tarmizi dan Ustazah Farhatul.Dalam pada itu Ustaz Tarmizi juga memuji bacaan Aisha penuh penghayatan sehingga timbul rasa sebak dalam dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Ini identiti saya” - Aisha Retno tenang jawab kritikan pakai korset, fesyen sesuai dengan konsep laguARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun dalam industri seni… Aisha Retno pernah terima ugutan bunuh, face shamingMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keikhlasan Aisha dan menyifatkan reaksinya sebagai sesuatu yang menyentuh hati."Tak semua orang mengaji faham terjemah akan tersentuh hati dan menangis. Saya pun berkaca juga mata tadi, nasib baik boleh sambung balik."Masya-Allah, dah macam qariah dengar bacaan Aisha. Tapi memang deep kalau hayati maksud tersirat di sebalik surah ini.Bacaan Aisha menerima pujian ramai."Hebatnya makraj dan tajwid Aisha, mesti Aisha jenis rajin mengaji," antara komen netizen.Selain Aisha, artis seperti Sharifah Shahirah, Nabil Aqil, Siti Elizad, Fauziah Nawi dan Datin Lisa Surihani pernah muncul dalam program berkenaan.Tazkirah Malam Jumaat bersiaran langsung sepanjang bulan Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 5.00 petang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube