suria

Suria FM meriahkan raya dengan lagu Gurindam Aidilfitri, pendengar rebut peluang menang wang tunai RM3,000

Suria raikan kemeriahan Aidilfitri dengan meriah.

MERAIKAN kemeriahan bulan Syawal stesen radio Suria FM tampil dengan sebuah lagu raya khas buat para pendengarnya berjudul Gurindam Aidilfitri.

Menariknya, lagu tersebut merupakan nyanyian gabungan suara semua barisan penyampai stesen berkenaan. 

Penghasilan lagu berkenaan turut mendapat kerjasama daripada syarikat automotif Toyota.

Gurindam Aidilfitri. gabungan lapan suara.

Lagu Gurindam Aidilfitri menampilkan elemen muzik ceria dengan sentuhan moden dan tradisional yang mengangkat suasana Hari Raya penuh nostalgia serta nilai kekeluargaan.

Muzik video lagu itu pula memaparkan pelbagai momen klasik Aidilfitri seperti memohon kemaafan, kunjung-mengunjung, berkongsi juadah raya serta merakam kenangan bersama keluarga dan sahabat.

Konsep tersebut menekankan semangat kebersamaan, memaafkan kesilapan lalu dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM umum penjenamaan semula, misi dekati golongan muda… Perkenal tagline ‘Muzik & Jiwa’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cabaran lawan boling permulaan ulang tahun mStar, Suria… Lebih meriah artis jadi pemain import

Dalam pada itu, Suria FM turut memperkenalkan Gurindam Aidilfitri Dance Challenge bagi memeriahkan lagi pelancaran lagu berkenaan.

Peserta hanya perlu mengikuti langkah tarian rasmi seperti yang dipaparkan dalam muzik video tersebut dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000.

Hadiah lumayan menanti peminat.

Gurindam Aidilfitri diterbitkan oleh Lsandbeats Legacy dengan komposisi oleh Luca Sickta dan Nazif Analog.

Manakala liriknya ditulis oleh Luca Sickta, Nazif Analog serta B-Heart.

Muzik video lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Suria FM iaitu Suria Malaysia sejak 9 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain