suria

Syamim Freida khatam al-Quran malam 27 Ramadan, doa kebahagiaan 10 tahun perkahwinan

Syamim luah rasa syukur dengan kebahagiaan dimiliki.

PELAKON Toh Puan Syamim Freida meluahkan rasa syukur selepas berjaya khatam bacaan al-Quran sempena bulan Ramadan tahun ini. 

Lebih bermakna buat Syamim, 35, apabila detik istimewa itu turut bertepatan dengan ulang tahun ke-10 perkahwinannya. 

"Pada malam ke-27 Ramadan, saya berjaya khatam al-Quran dan ia jatuh pada ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.

Syamim kongsi momen bermakna dalam hidupnya.

"Alhamdulillah atas setiap nikmat setiap ujian dan setiap detik yang membawa kami ke sini," tulisnya di hantaran Thread.

Dalam masa sama, Syamim turut menitip doa agar rumah tangga yang dibina terus diberkati serta dipelihara oleh Allah.

"Semoga Allah terus membimbing kami, melindungi cinta kami dan mengisi kehidupan kami dengan keberkatan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan watak antagonis, Syamim Frieda terima ‘pakej’ ugutan dan kecaman

ARTIKEL BERKAITAN: Syamim Farid ‘rebranding’ karier selepas 10 tahun bergelar pelakon, ada sebab pilih tukar nama

Perkongsian tersebut dihujani pelbagai komen positif daripada pengikut yang rata-rata tumpang gembira selain mendoakan kebahagiaan berpanjangan buat pasangan itu.

Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain