suria

Penangan watak antagonis, Syamim Frieda terima ‘pakej’ ugutan dan kecaman

Watak Mimi lakonan Syamim meninggalkan kesan buat penonton.

PELAKON Toh Puan Syamim Freida tidak terlepas daripada menerima kecaman di media sosial apabila membawakan watak antagonis dalam drama lakonannya.

Syamim, 35, berkata dia pernah menerima ugutan sehingga mengancam nyawa selain kata-kata buruk daripada individu tidak dikenali.

“Setiap kali bawa watak antagonis, mesti datang sekali pakej komen membenci, face-shaming. Siap ada yang buat akaun palsu nak maki.

Syamim tidak terlepas daripada kecaman di media sosial. 

“Ada juga yang sampai ugut nak simbah asid,” katanya.

Syamim menulis perkara tersebut sebagai respons kepada seorang pengikut yang meluahkan rasa marah terhadap watak Mimi yang dilakonkan dalam drama Setiaku Berdiri.

Terbuka menerima setiap komen, Syamim juga mengingatkan bahawa setiap karakter yang dibawa hanyalah sekadar tuntutan dalam drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamim Farid ‘rebranding’ karier selepas 10 tahun bergelar pelakon, ada sebab pilih tukar nama 

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan, rupanya sejak kecil Syamim Farid mahu bergelar puteri diraja

Malah, dia turut berseloroh untuk menerima tawaran watak yang tidak akan menimbulkan rasa benci penonton terhadapnya.

“Bertenang, itu semua lakonan. Dalam kehidupan sebenar, saya tidak sebegitu.

“Lepas ini, ambil watak green flag sahaja,” luahnya.

Drama Setiaku Berdiri kini sedang ditayangkan di saluran Astro Prima dan turut menampilkan pelakon lain seperti Wanna Ali, Nazrief Nazri, Aidit Noh dan Sweet Qismina.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain