Anggota bomba membantu mengeluarkan lelaki seberat 300 kg untuk dibawa menaiki ambulans ke hospital. -Gambar JBPM
SEORANG lelaki seberat kira-kira 300 kilogram terpaksa dibantu tujuh anggota bomba untuk dibawa keluar dari rumahnya sebelum dipindahkan ke dalam ambulans bagi mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Khamis.Operasi memindahkan lelaki berusia 26 tahun dari Kampung Pokok Tampang itu mengambil masa kira-kira sejam berikutan keadaannya yang terlalu lemah untuk bergerak sendiri. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki berkenaan pada pukul 8.18 pagi bagi mendapatkan bantuan mengangkat mangsa.Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor tiba di lokasi kira-kira pukul 8.30 pagi."Mangsa terlalu lemah tetapi masih sedarkan diri ketika anggota bomba tiba di lokasi," katanya.John berkata, tujuh anggota bomba menggunakan cadar untuk mengangkat lelaki itu keluar dari biliknya sebelum memindahkannya ke sebuah ambulans persendirian.Operasi berkenaan selesai kira-kira pukul 9.30 pagi.