suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selalu jadi budak sekolah, Imran Aqil teringin bawa watak hero macam Spiderman

Imran kini lebih selektif memilih tawaran.

GARA-GARA memiliki wajah awet muda dan fizikal yang kecil, pelakon Imran Aqil sering menerima tawaran membawakan watak pelajar sekolah dalam drama mahupun filem.

Imran, 26, bagaimanapun mengakui kini lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan kerana mahu mencuba watak berbeza yang mampu mencabar dan mengembangkan bakatnya sebagai pelakon.

"Sekarang, saya agak selektif menerima tawaran berlakon kerana sudah mempunyai isteri dan mahu mencuba sesuatu yang berbeza.

Imran mahu cabar diri bawa watak berbeza. 

"Kalau ikutkan, daripada 17 cerita yang saya lakonkan, separuh daripadanya berkisar mengenai budak-budak atau pelajar sekolah.

"Saya faham karakter dengan fizikal kecil seperti saya memang sesuai untuk watak sebegitu. Cuma, saya tertanya-tanya sampai bila saya boleh terus membawa watak seperti ini. Saya berharap akan ada watak baharu yang boleh saya jayakan," katanya.

Tambah Imran, dia tidak sewenang-wenangnya menolak tawaran sebaliknya akan menilai kesesuaian watak berkenaan sebelum membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Imran Aqil hidap penyakit kulit kronik, isteri titip kata-kata semangat... “Still handsome in my eyes” 

ARTIKEL BERKAITAN: Imran Aqil pernah terfikir tinggalkan dunia seni, penyakit kulit kronik jejaskan keyakinan

Jelasnya, dia sering ditawarkan watak lelaki nerd atau pelajar sekolah yang dirasakan sudah sebati dengan dirinya.

"Ada kalanya saya tolak kerana tiada cabaran dan watak itu sudah sebati dengan diri saya. Saya juga teringin mencuba karakter berbeza, sebab itu sekarang saya lebih selektif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Imran berkata beberapa pengarah pernah menasihatinya supaya menghargai kelebihan memiliki wajah awet muda kerana peluang membawakan watak pelajar sekolah mungkin tidak akan kekal selamanya.

Saya tertanya-tanya sampai bila saya boleh terus membawa watak seperti ini

IMRAN AQIL 

PELAKON 

"Apabila berbual dengan beberapa pengarah, mereka cakap saya perlu raikan wajah seperti ini kerana beberapa tahun lagi, saya akan nampak lebih matang dan mungkin tidak lagi sesuai membawa watak pelajar sekolah.

"Betul juga, jadi saya ikut sahaja," jelasnya.

Dalam pada itu, Imran berharap industri perfileman tempatan dapat menghasilkan karya bergenre adiwira yang mampu menarik perhatian penonton, sekali gus memberinya peluang mencuba watak sedemikian.

Imran sering menerima watak lelaki remaja dalam drama. 

Dia yang mengidolakan pelakon Hollywood, Tom Holland yang terkenal menerusi watak Spiderman menyimpan hasrat untuk membawakan watak hero sekiranya diberikan peluang.

"Saya nak watak hero kalau ada peluang. Saya mengidolakan Tom Holland sebagai Spiderman dan berharap suatu hari nanti Malaysia boleh menghasilkan cerita seperti itu.

"Pada masa sama, saya juga nak bawa watak tentera atau polis. Kalau ada watak yang sesuai, saya sanggup membentuk badan mengikut keperluan karakter," kongsinya.

Artikel Lain