DI SEBALIK senyuman yang terukir, pelakon Imran Aqil rupa-rupanya sedang berdepan dengan masalah kulit kronik iaitu rosacea. Imran atau Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 27, berkata penyakit itu disahkan oleh pakar kulit selepas mengalami perubahan ketara pada wajah sejak dua tahun lalu. "Saya didiagnos seorang pakar kulit apabila mengalami masalah kulit kronik iaitu rosacea."Rosacea ini buatkan kulit kita sensitif, jadi kalau terkena matahari, makan makanan panas atau pun ada habuk, pakai skincare yang tak kena memang akan buat kulit jadi merah. Perkongsian Imran yang dimuat naik di Threads miliknya."Masalah lain seperti timbul tiny bumps yang akan gatal dan pedih. Disebabkan itu kalau anda perasan saya dah jarang lakukan aktiviti larian," katanya. Imran berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads pada Jumaat. Dalam pada itu, Imran turut mengakui keadaan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi dan keyakinan dirinya, namun dia cuba menerima ujian tersebut dengan hati terbuka."Sejujurnya memang sakit, saya pun tak berapa gembira dengan ujian ini tetapi sayARTIKEL BERKAITAN: Imran Aqil perlahankan karier lakonan, fokus besarkan anak… “Fasa ini sangat singkat”ARTIKEL BERKAITAN: Anak belum dua bulan, Imran Aqil sedih Nur Yusra dijangkiti Covid-19a reda. "Bila saya buat research, masalah ini tidak boleh diubati. Memang saya akan hidup dengan penyakit rosacea ini. "Dah dua tahun sebenarnya tapi Alhamdulillah kadang okay saja. Dah macam-macam produk saya cuba dan selalu pergi buat pemeriksaan," ujarnya. Bercerita lanjut mengenai punca dia mula menyedari masalah tersebut, Imran berkata simptom rosacea itu dipercayai tercetus ketika dia menyertai larian maraton sejauh 42 kilometer di Berlin, Jerman dalam cuaca yang terlalu sejuk dan terik.Menurutnya, keadaan cuaca ekstrem itu menyebabkan kulit wajahnya mula merekah sejurus tamat larian."Bila bercakap dengan orang pun segan, pandang bawah saja. Saya suspek penyakit ini muncul bila saya menyertai larian marathon di Berlin, bayangkan cuaca sejuk tapi matahari terpacak. Imran reda diuji dengan masalah kulit kronik."Itu yang triggered kulit saya. Lari 42 km dengan cuaca macam tu, habis saja larian kulit mula merekah. "Saya hanya nak berkongsi dengan anda semua, jadi kalau anda lalui perkara sama kongsilah tip macam mana nak atasi masalah kulit ini," katanya. Sementara itu, menerusi ruangan komen, isteri Imran iaitu pempengaruh Dahlia Rizal turut memberikan kata-kata semangat dan menegaskan suaminya tetap kacak di matanya."It's okay sayang, still handsome in my eyes," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!