PENYANYI asal Taiwan Chen Fanqi mendedahkan punca sebenar kehilangannya daripada industri muzik sebelum ini adalah disebabkan krisis kewangan yang sangat meruncing.Chen mengakui dia terpaksa mengambil jalan singkat dengan menceburi industri hiburan dewasa seperti merakam dan menjual video lucah demi menampung kos rawatan ibunya yang menghidap penyakit serius serta lumpuh.Chen mahu beri fokus kepada dunia nyanyian. Mula aktif sejak tahun 2020, Chen mengakui telah membintangi lebih 300 video lucah sepanjang penglibatannya dalam dunia gelap itu.Bagaimanapun, pekerjaan tersebut tidak menjadikannya kaya kerana hampir seluruh pendapatannya dihabiskan untuk membiayai perubatan ibunya sehingga dia tidak mempunyai baki wang simpanan.ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rock alami gegaran otak selepas terkena telefon dibaling peminatARTIKEL BERKAITAN: Macam sinetron... Pinkan Mambo batal hasrat cerai, tak boleh hidup tanpa suamiNekad mahu berubah, Chen meninggalkan industri berkenaan pada tahun 2022 dan mula melakukan pelbagai kerja sambilan demi meneruskan kelangsungan hidup.Berkat kerja keras dan sikap tidak berputus asa, dia akhirnya berjaya menyimpan lebih AS$30,000 (RM130,000) untuk memulakan semula kerjaya seninya yang tergendala.Kini, Chen kembali mewarnai industri muzik dengan menggunakan nama pentas Fu Dongsheng dan baru sahaja melancarkan album terbaharunya berjudul Homecoming.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!