suria

Macam sinetron... Pinkan Mambo batal hasrat cerai, tak boleh hidup tanpa suami

Pinkan (kanan) masih sayangkan Arya.

TIDAK sampai seminggu mengumumkan perceraian, penyanyi Pinkan Mambo dilaporkan kembali berbaik dengan suaminya, Arya Khan.

Menurut Pinkan, 45, kekuatan cinta antara mereka membuatkan dia yakin hubungan dengan Arya masih boleh diselamatkan.

"Dia boleh mati tanpa saya, begitu juga sebaliknya. Di belakang kamera, kami seperti satu tubuh. Susah senang seperti semut yang sentiasa bersama.

"Kami terlalu mencintai satu sama lain. Sudah melebihi tahap angau. Cinta kami benar-benar melampaui batas. Kami bagaikan Romeo dan Juliet versi 2026. Saya rasa tak boleh hidup tanpa Arya," katanya.

Pinkan anggap Arya adalah lelaki terbaik buatnya.

Sementara itu, Arya memberitahu pertengkaran yang berlaku antara mereka sebelum ini adalah perkara biasa bagi pasangan suami isteri.

Namun, kisah tersebut menjadi perhatian kerana status Pinkan sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai.

"Dari dulu, kalau bertengkar kami berpisah dan kemudian rujuk semula. Aktiviti kami di TikTok berlangsung 24 jam dan sebab itu semua masalah kami diketahui orang.

"Selagi masih boleh bertahan, saya katakan kepadanya jika ada masalah jangan sebut soal cerai di media sosial," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinkan Mambo nekad cerai, dah muak sikap suami 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Pinkan Mambo pula muncul... Dakwa bapa tiri ambil kesempatan terhadap ibu, hanya beri RM90 sebulan

Pinkan sebelum ini memaklumkan dia nekad untuk bercerai atas alasan tidak mampu bertahan dengan sikap suaminya.

Untuk rekod, Pinkan dan Arya mendirikan rumah tangga pada Disember 2023 sebelum mengumumkan perceraian pada Oktober 2024.

Hubungan mereka dilihat kembali pulih pada awal 2025 dan bersama-sama menjalankan perniagaan menjual makanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain