Fitri kesal dengan tindakan orang tidak bertanggungjawab terhadap kereta Myvi miliknya dalam kejadian Ahad.
SAMBUTAN hari lahir sepatutnya menjadi kenangan manis namun lain pula berlaku kepada seorang pemuda ini apabila kereta kesayangannya menjadi sasaran gurauan melampau dipercayai dilakukan rakan-rakannya.Kereta jenis Perodua Myvi G3 miliknya bukan sahaja dipenuhi serbuk putih dipercayai tepung malah turut dilempar dengan beberapa biji telur. Malah beberapa bahagian kenderaan tersebut turut ditampal dengan pita pelekat hitam.Keadaan kereta selepas individu melakukan prank dipercayai sempena hari jadinya yang jatuh pada Sabtu.Kejadian itu disedari pemiliknya, Faidhil Fitri, 22, sebaik pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 11.30 malam pada Ahad di kawasan parkir medan selera berhampiran tempat kerjanya di The Campus Ampang, Selangor."Memang terkejut bila tengok keadaan kereta penuh dengan tepung dan telur sampai dekat bahagian atas bumbung kereta."Saya syak orang yang buat prank ini antara kawan-kawan sendiri juga sebab mereka tahu hari jadi saya semalam.ARTIKEL BERKAITAN: Disangka awek buat ‘prank’ hari jadi, rupanya minta putus nak balik kepada ex... “Birthday present paling malang dalam hidup saya”ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Prank tersandung ketika bawa kek hari jadi, ibu paling cuak gara-gara gelagat 3 anak teruna – “Ayah kata kek hancur boleh beli lagi”"Tapi saya belum dapat kenal pasti siapa orangnya. Ada juga saya bertanya pada kenalan terdekat tapi tiada siapa mengaku atau tampil minta maaf," kongsinya ketika dihubungi mStar pada Isnin.Bercerita lanjut, Fitri berkata, dia terpaksa menanggalkan pita pelekat yang ditampal pada bahagian pintu pemandu dan belakang kereta sebelum dapat masuk ke dalam kereta.Malah dia perlu mencabut pita berkenaan secara perlahan-lahan kerana bimbang cat kereta kesayangannya itu tertanggal.Fitri terpaksa mencuci keretanya pada malam yang sama."Selepas itu saya terpaksa bawa kereta ke car wash untuk dicuci pada malam itu juga dengan kos sebanyak RM14 tapi malangnya bau hanyir telur masih melekat."Sejujurnya saya memang terkilan dengan prank macam ini. Kalau nak sambut hari jadi dengan cara bergurau, saya tiada masalah."Tetapi nak buat prank pun, janganlah sampai berlebihan hingga menyusahkan orang lain," katanya.Kereta Myvi G3 dipenuhi tepung, telur dan pita pelekat ketika pemilik pulang kerja.Pemilik kereta terkilan, dakwa gurauan hari jadi rakan-rakan sudah melampaui batas.Terpaksa tanggalkan pita pelekat perlahan-lahan kerana bimbang cat kereta rosak.Bayar RM14 untuk cuci kereta, namun bau hanyir telur masih melekat.Kereta baharu dibeli April lalu, mujur tiada kesan calar atau kerosakan.Ringkasan ini dijana oleh AIKata Fitri, kereta tersebut dibeli dengan menggunakan wang sendiri pada April lalu dan masih dianggap baharu baginya.Mengulas keadaan keretanya selepas kejadian, Fitri bersyukur apabila mendapati tiada sebarang kesan calar atau kerosakan pada kenderaan tersebut.Dalam pada itu, Fitri memberitahu dia belum berhasrat untuk membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.