suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi majlis tunang! Wanita syak bakal ibu mentua gadai cincin emas, terpaksa sarung barang kemas ‘celup’ depan kamera

Seorang gadis kecewa apabila cincin yang bakal disarung ke jari manisnya didakwa hilang sebelum majlis pertunangan berlangsung. -Gambar hiasan AI

MAJLIS pertunangan sepatutnya menjadi detik manis buat pasangan yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam hubungan mereka. 

Namun, lain pula pengalaman seorang wanita apabila majlis bahagia yang dirancang bertukar menjadi episod duka selepas cincin tunang yang dibeli oleh bakal suaminya didakwa hilang sehari sebelum majlis berlangsung.

Apa yang lebih menyakitkan hati, cincin berkenaan didakwa hilang sewaktu berada dalam simpanan bakal ibu mentuanya sendiri.

Kehilangan barang berharga pastinya mengundang rasa kecewa. -Gambar hiasan AI

"Lagi sehari majlis tunang nak berlangsung, tapi bakal mak mentua pula hilangkan cincin tunang. Cincin tu bakal suami yang belikan.

"Apabila aku suruh mak mentua ganti, banyak pula alasan dia bagi dekat aku. Katanya dia tak ada duit sebab belum gaji lagi," cerita wanita itu.

Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa tiada sebarang usaha alternatif dilakukan bagi menyelesaikan kemelut tersebut sehingga memaksa dia menebalkan muka memakai cincin tiruan pada hari majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun ‘berkepit’ tanpa dugaan, akhirnya putus selepas bertunang... Gadis ini derita alami ‘relapse’ - “Saya meroyan cari bekas tunang”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di persimpangan dilema... Hati terpikat janda pandai ambil berat, mula rasa tunang sendiri tak matang - “Dia suka cari pasal”

"Mak mentua aku tak ada usaha nak cari alternatif lain. Aku dah tebal muka malukan diri sendiri sarung cincin fake waktu hari bertunang.

"Tapi bakal mak mentua macam nak lepas tangan je. Apabila tanya mentua sama ada dia gadai, katanya memang hilang dan tak jual," ceritanya lagi dalam perkongsian di Threads.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, selain mempersoalkan sikap bakal ibu mentuanya yang didakwa tidak bertanggungjawab.

  • Cincin tunang wanita hilang sehari sebelum majlis pertunangan.
  • Cincin didakwa hilang ketika dalam simpanan bakal ibu mentua.
  • Bakal mentua beri alasan tiada wang untuk menggantikan cincin.
  • Wanita terpaksa memakai cincin tiruan pada hari pertunangan.
  • Netizen gesa bakal mentua bertanggungjawab menggantikan cincin.

"Suruh bakal mentua ganti cincin tu. Kenapa nak sarung cincin palsu sedangkan boleh beli atau ganti baharu.

"Macam mana boleh hilang, tak simpan dalam kotak cincin ke? Kalau minta simpankan tanpa kotak, memang senang nak tercicir.

"Nanti kahwin, suruh je tunang atau awak sendiri yang pegang. Sampai hari akad nikah baru bagi untuk letak atas dulang. Bab emas ni memang kena lebih berjaga-jaga," komen sebahagian netizen.

Menjawab pertanyaan netizen, wanita itu menjelaskan kotak cincin berkenaan masih ada, namun cincin di dalamnya sudah hilang seperti didakwa.

Artikel Lain