Fasa putus pertunangan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental sesetengah orang. -Gambar hiasan AI
HUBUNGAN yang terjalin selama lapan tahun dan disangka akan berakhir di jenjang pelamin rupa-rupanya terhenti di tengah jalan.Segalanya bermula apabila pasangan ini mengikat tali pertunangan pada tahun ketujuh mereka bersama. Namun, fasa pertunangan itu jugalah yang menjadi titik paling sukar dan mencabar dalam hubungan mereka.Wanita itu berkata, sepanjang proses pertunangan, dia terpaksa berdepan konflik dengan ibu bapanya sendiri selain hubungan dengan sahabat baik turut terjejas."Saya sedar dia memang bukan jodoh saya. Selepas kami bertunang, proses tunang sangat rumit. Saya bergaduh dengan ibu bapa sendiri serta hilang kawan baik."Masa majlis pertunangan pun, makanan banyak terbuang sebab tetamu tak ramai. Selepas bertunang, ada satu masa tu kami memang nekad nak putuskan hubungan.Setiap orang perlukan masa untuk pulih kembali selepas putus hubungan. -Gambar hiasan AI"Sampai kami dah beritahu parents masing-masing... tapi kemudiannya kami tetap perbaiki dan teruskan hubungan," cerita wanita itu mengenai dugaan bertunang menerusi hantaran di Threads.Ujian tidak berhenti di situ, selepas setahun bertunang hubungan mereka sekali lagi diuji apabila muncul orang ketiga.Menurutnya, mereka tidak pernah berdepan isu curang atau gangguan pihak ketiga sepanjang tempoh bercinta, namun fasa pertunangan ini ternyata membawa impak yang berbeza sehingga hubungan menjadi semakin renggang."Kami nekad untuk putus lagi. Kali ini betul-betul putus sampai sudah pulangkan cincin. Tapi saya masih pujuk untuk betulkan hubungan, macam selalu saya buat.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu selekeh, kulit gelap... Dah pandai melawa minta putus tunang! Kakak simpati adik jaga jodoh orang lain, dituduh curangARTIKEL BERKAITAN: “Saya fikir dia akan jadi imam” - Gadis putus tunang dengan pramugara, hati berkecai dapat tahu bakal suami tidur dengan lelaki lain"Situasi tu buatkan ibu bapa dia benci saya dan mak ayah saya benci dia. Memang tak boleh buat apa apabila sudah melibatkan keluarga."Setiap kali saya solat istikharah, saya minta Allah bagi petunjuk. Namun setiap kali kami berusaha nak perbaiki hubungan ia tetap jadi sulit. Dekat situ saya perasan hubungan dengan dia memang tak akan ke mana," ujarnya.Kisah sayu ini mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya tumpang simpati dan memberikan kata semangat agar dia terus kuat."Nak cepat pulih, jangan berhubung dengan dia. Memang susah. Anggap jika berapa hari awak tak berhubung tu sebagai satu pencapaian."Saya doakan supaya dipermudahkan urusan awak. Memang tak mudah nak pulih dan sekarang pun saya di tempat sama macam awak. Semoga hati kita sama-sama reda dan digantikan dengan lebih baik," komen sebahagian netizen.Lapan tahun bercinta berakhir ketika fasa pertunangan.Konflik keluarga dan orang ketiga jadi punca hubungan renggang.Selepas setahun bertunang, cincin dipulangkan dan mereka berpisah.Wanita itu mengaku masih belum move on selepas sembilan bulan.Dia cuba bangkit dengan sambung belajar dan tukar kerja.Ringkasan ini dijana oleh AIMeskipun hubungan itu sudah berakhir sembilan bulan lalu, wanita ini mengakui dia masih belum mampu untuk benar-benar move on.Baginya, fasa turun naik emosi adalah lumrah yang perlu dilalui."Saya tak move on tapi ada masa saya okey je. Saya layankan je perasaan tu. Menangis, meroyan, kadang tu saya cari je bekas tunang saya... meroyan dekat dia."Pada masa sama saya berdoa supaya Allah bagi saya reda. Saya teruskan je dengan kehidupan ni."Saya sambung belajar, tukar kerja dan cari suasana dan persekitaran baharu tapi saya masih ada relapse," ujarnya.Istilah relapse dalam percintaanUntuk makluman, menurut Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), istilah relapse dalam masalah kesihatan mental merujuk kepada kejadian penyakit berulang.Setiap kali berlakunya relapse, fungsi serta keupayaan asal seseorang individu boleh semakin merosot, selain proses pemulihan turut mengambil masa lebih lama berbanding sebelumnya.Lebih membimbangkan, keadaan itu juga boleh menyebabkan rawatan ubat menjadi kurang berkesan sehingga pesakit perlu menjalani terapi rawatan yang lebih ketat serta prosedur electroconvulsive therapy (ECT).