suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua bulan lagi debut, seorang anggota ‘boy group’ baharu hilang

Penyanyi itu dikatakan melarikan diri.

BERBAKI dua bulan sebelum tarikh pelancaran rasmi kumpulannya, seorang pelatih (trainee) warga Jepun dikenali sebagai A dilaporkan hilang.

Memetik laporan media tempatan, pelatih tersebut merupakan salah seorang daripada enam anggota asal sebuah kumpulan K-Pop baharu yang dijadualkan bakal membuat kemunculan sulung tidak lama lagi.

Polis mendedahkan wujud unsur penipuan dan pelanggaran kontrak serius yang dilakukan oleh individu berkenaan.

Kumpulan itu terpaksa meneruskan dengan hanya lima ahli. 

Pelatih lelaki terbabit dipercayai melarikan diri pada Disember tahun lalu dengan meninggalkan sekeping nota ringkas yang seolah-olah memberi gambaran hubungannya dengan agensi tidak berada dalam keadaan baik.

"Hubungan kepercayaan (antara kita) telah runtuh," tulisnya.

Gara-gara tindakan drastik itu, agensi pengurusan terpaksa menukar strategi dan meneruskan rancangan debut dengan lima anggota sahaja meskipun penggambaran video muzik dan pelancaran single sudah selesai dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil Malaysia bertanding dalam program ‘Bite Me Sweet’, masak dessert untuk artis popular Korea Selatan 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami larang Irish Bella berlakon sinetron, elak pergaduhan dalam rumah tangga

Susulan laporan daripada pihak agensi, Balai Polis Yeongdeungpo di Seoul kini sedang giat mengesan keberadaan A yang kini berdepan tuduhan berat.

Bagi mengelakkan individu berkenaan melarikan diri pulang ke negara asalnya, pihak berkuasa Korea Selatan telah mengenakan larangan keluar negara terhadapnya.

Sehingga kini, identiti sebenar A dan nama kumpulan yang terlibat masih belum didedahkan secara rasmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain