PLATFORM penstriman Viu mengumumkan pelancaran siri realiti makanan terbaharu iaitu Bite Me Sweet yang mula ditayangkan sejak 17 April. Bukan sahaja melibatkan peserta antarabangsa, program itu turut disertai pembuat kek premium terkenal, Szu Lin sebagai wakil tunggal Malaysia. Menerusi pertandingan ini, Szu Lin bersama empat lagi cef pastri wanita terbaik dari Asia Tenggara (Hong Kong, Thailand dan Filipina) akan digandingkan dengan lima selebriti kacak dari Korea Selatan.Peserta-peserta yang terlibat dengan program tersebut. Antara barisan selebriti Korea yang terlibat ialah Lee Sae-on, Sung Seung-ha, Cha Joo-wan, Bae Min-ki dan Lim Sung-kyu.Program yang dihoskan oleh pelakon popular Yoon Shi-yoon ini menyaksikan kesemua peserta bersaing dalam cabaran menyediakan pencuci mulut yang diinspirasikan oleh budaya snek terkenal dari Korea Selatan. ARTIKEL BERKAITAN: Seung Hun bawa haluan sendiri, tinggalkan dunia seni... Tidak lagi bersama CIXARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tak kecil hati tidak dijemput majlis kahwin anak Ahmad Dhani... “Mungkin dah kena blacklist”Menariknya, pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara bakal berpeluang untuk membuka sebuah kedai pop-up 'Bite Me Sweet' di Singapura sebagai platform mengembangkan jenama mereka ke dunia nyata.Selain memfokuskan kepada kemahiran memasak, siri ini juga menampilkan elemen gaya hidup seperti kecantikan dan fesyen, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang segar buat peminat kandungan Korea di seluruh rantau ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!