PENYANYI Ani Maiyuni meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anaknya, Viviana menjadi mangsa kecaman hebat netizen selepas diumumkan sebagai pemenang konsert mingguan program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).Tampil mempertahankan, Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 47, mendedahkan bahawa tidak ramai yang tahu mengenai keadaan Viviana ketika itu yang terpaksa bergelut dengan masalah kesihatan sebelum melangkah ke pentas tersebut. "Tidak tahu nak bagi reaksi atau nak cakap apa. Tiga minggu Via (anak) struggle sebab kondisi tidak begitu sihat sebenarnya.Hantaran Ani Maiyuni di Instagramnya. "Tapi dia cuba untuk kuat, dia cuba untuk buat sehabis baik di pentas," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu. Ani turut berkongsi beberapa tangkap layar komen kecaman yang dilemparkan kepada Viviana. Mengulas mengenai tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata kesat dan menghina kemenangan tersebut, Ani memohon agar orang ramai mempunyai rasa empati dan cuba meletakkan diri mereka di tempat ahli keluarga yang terlibat.ARTIKEL BERKAITAN: Sukar kawal emosi, air mata Ani Maiyuni mudah gugur cerita fasal anak - “Saya selalu tinggalkan dia sebab kerjaya”ARTIKEL BERKAITAN: Artis lain buat hal, Ani Maiyuni pun kena tempias... Kecewa penyanyi dangdut tidak diberi peluang adakan konsert besar"Apa pun, terima kasih kepada kalian yang menghentam, mengeji atau sebaliknya. Letakkan diri kalian sebagai seorang ibu, ayah, adik, abang atau kakak. "Kita cuba untuk jadi sempurna, tapi kita hanya manusia biasa," luahnya.Ani yang tenang berhadapan situasi tersebut meminta supaya pengikutnya untuk terus memberikan sokongan positif kepada semua peserta yang bertanding."Saya hanya minta netizen doa yang baik-baik sahaja biat Viviana dan peserta lain. Enjoy dan chill sahaja okay. Apa pun umi dan Viviana sayang kalian," tambahnya.Ani minta orang ramai mendoakan yang terbaik buat anaknya dan peserta lain. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis memberikan kata-kata semangat serta reaksi positif buat Ani dan Viviana agar terus tabah mendepani kritikan.Turut mencuri tumpuan adalah komen daripada bekas peserta musim lalu yang juga selebriti versatil, Sharifah Shahirah turut memberikan sokongan moral kepada dua beranak berkenaan."Tidak. Jangan baca komen! Saya baru nampak yang Viviana ini adalah penghibur dengan suara yang stabil. Dia juga berani seperti awak," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!