PELAKON Beto Kusyairy menyangkal dakwaan kononnya dia sudah tidak mahu membintangi drama bersiri panjang.Beto nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Osman, 46, berkata dia masih bersikap terbuka menerima sebarang tawaran namin menitikberatlan kualiti naskhah agar memenuhi kriteria yang dicarinya. “Desas-desus saja, saya tak menolak untuk buat episod bagi drama televisyen, mainstream dan sebagainya, asalkan skripnya bagus.Beto berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Di fasa ini, saya bukan lagi nak kejar nama atau populariti. Di kala ini, saya lebih suka buat benda yang beri saya kepuasan dari sudut hasil kerja, dan sesuatu yang boleh beri manfaat kepada saya juga penonton,” katanya kepada mStar. Beto berkongsi perkara itu Ketika ditemui pada majlis tayangan drama terbaharunya berjudul Good Boys Go To Heaven yang berlangsung di TGV KLCC, baru-baru ini.Mengulas mengenai pemilihan watak, Beto mengakui cuba mengelakkan naskhah yang sering dikitar semula seperti kisah cinta tiga segi atau plot yang menyentuh sensitiviti agama.ARTIKEL BERKAITAN: “Rugilah tengok semata-mata cari kekurangan” - Beto Kusyairy terbuka kritikan, minta penonton fokus mesej dalam ‘Libang Libu’ARTIKEL BERKAITAN: Jadi inspirasi buat pelakon muda, Beto Kusyairy luah rasa syukurUjar Beto, dia bimbang sekiranya watak penunggang agama yang sering dipaparkan di skrin televisyen akan membina persepsi negatif secara umum terhadap golongan ustaz dan agamawan yang sebenar.“Kita dah terlalu banyak siri kisah cinta tiga segi, penunggang agama dan sebagainya. Pada saya, bila dah ada yang buat, kenapa saya perlu buat?“Dan ini hanyalah pendapat saya. Disebabkan terlalu banyak kisah penunggang agama, penonton akan pukul rata kepada semua agamawan sedangkan ada ramai ustaz dan agamawan yang betul-betul baik. Saya tak nak jadi punca kepada persepsi begitu, jadi kalau boleh saya cuba elak,” ujarnya.Beto lebih mengutamakan naskhah sebelum terima tawaran. Dalam pada itu, Beto turut menjelaskan bahawa keengganannya menerima beberapa tawaran sebelum ini bukanlah kerana memilih bulu, sebaliknya disebabkan komitmen kerja yang padat.“Ada juga yang saya tolak, tapi kebanyakannya sebab jadual clash. Bukan sebab projek tak bagus,” tambahnya.Dalam perkembangan seni yang lain, Beto bakal muncul menerusi siri Good Boys Go To Heaven (GBGTH) arahan Ariff Zulkarnain.Drama penuh saspens itu mengisahkan perjuangan seorang bapa bernama Yasser (lakonan Beto) yang mencari keadilan selepas dituduh membunuh anaknya sendiri, Ahyan.Selain Beto, drama tersebut turut membariskan pelakon ternama lain termasuk Zahirah MacWilson, Amerul Affendi dan Malek Mccrone.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!