PELAKON Beto Kusyairy bersikap terbuka dalam menerima kritikan terhadap lakonannya, termasuk dalam karya terbarunya menerusi filem Libang Libu. Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan, 46, berkata tidak menghalang sebarang pandangan kerana menganggap setiap penonton mempunyai hak untuk membuat penilaian sendiri. "Saya tak ada masalah kalau ada yang nak cari salah, itu hak masing-masing. Beto harap penonton dapat terima mesej yang dingin disampaikan dalam Libang Libu. "Tapi pada saya, rugilah kalau kita tengok sesuatu karya semata-mata untuk cari kekurangan," katanya kepada mStar pada Selasa. Dalam pada itu, Beto berpendapat sikap penonton yang hadir dengan jangkaan terlalu tinggi kadangkala menyebabkan mereka pulang dengan rasa hampa.Apabila karya tersebut tidak menepati kehendak dan jangkaan, segelintir daripada mereka mula mencari kelemahan.ARTIKEL BERKAITAN: Jadi inspirasi buat pelakon muda, Beto Kusyairy luah rasa syukur ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy kesal ada perlekeh kehebatan silat, warisan perlu dipelihara bukan dihina"Bila kita datang dengan niat nak cari apa yang tak kena, kita sebenarnya dah tutup ruang untuk menikmati cerita itu. "Mungkin kita dah baca komen yang kata filem ini sangat kelakar atau dapat rating tinggi, jadi kita datang dengan jangkaan yang besar. "Bila apa yang kita tengok tak sama dengan jangkaan, kita mula fokus pada kelemahan. Memang susah nak enjoy kalau datang dengan mindset macam tu," ujarnya. Kita bukan nak bagi mesej yang berat sangat, tapi kita harap ada rasa ‘terjentik’ dalam diri penontonBETO KUSYAIRY PELAKONDalam pada itu, Beto percaya bahawa pengalaman menonton akan menjadi jauh lebih bermakna sekiranya penonton hadir ke pawagam dengan jiwa yang lebih santai dan terbuka. Tambahnya, filem Libang Libu bukanlah sekadar sebuah naskhah komedi ringan, sebaliknya ia sarat dengan sentuhan emosi yang diharapkan mampu memberi kesan mendalam kepada hati penonton."Kita bukan nak bagi mesej yang berat sangat, tapi kita harap ada rasa ‘terjentik’ dalam diri penonton. Beto terbuka menerima setiap komen penonton. "Mungkin lepas tengok, dia mula sedar sesuatu tentang diri sendiri, seperti cara kita menilai orang lain. Itu antara rasa yang kita harap penonton boleh bawa keluar dari pawagam," tambahnya.Libang Libu arahan Bobby Husaini mula ditayangkan di pawagam sejak 23 April. Selain Beto, ia turut membariskan pelakon hebat lain antaranya Amerul Affendi, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ozlynn Wati, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus dan ramai lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!