suria

Penyewa dari ‘neraka’, rumah bersepah bau busuk... Rupanya Anzalna pernah beri bantuan

Anzalna harap penyewa berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

PELAKON Anzalna tampil memberi respons susulan tular luahan rasa kecewa seorang pemilik rumah terhadap penyewa yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan bil elektrik berjumlah hampir RM3,000.

Mengakui pernah memberi bantuan kepada penyewa berkenaan sebelum ini, Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 38, berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secara baik.

"Sebenarnya dah boleh agak rumah siapa, tetapi biarlah kekal rahsia.

Perkongsian Anzalna di Threads. 

"Kita jaga aib mereka dan beri ruang untuk mereka baiki serta pulihkan keadaan. Tuan rumah tidak bersalah. Kami sudah cuba membantu," katanya.

Anzalna menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu hantaran yang dibuat oleh individu bernama Ecah Razali yang dipercayai pemilik rumah berkenaan.

Bercakap lanjut, pelakon ini turut berkongsi kebimbangan terhadap anak-anak kepada penyewa berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan artis sahaja, Anzalna kongsi nasihat tak perlu bersikap sombong 

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan bukan tentang kekayaan, Anzalna jawab komen kahwin lelaki kaya

"Dalam keadaan seperti ini, yang paling difikirkan adalah anak-anak kecil. Sebab itu setiap bantuan saya lebih diutamakan untuk anak-anak supaya cukup makan dan pakai.

"Tidak semua orang mampu berterus terang tentang keadaan sebenar mereka. Semoga anak-anak kecil mereka sentiasa dilindungi," luahnya.

Terdahulu, Ecah dalam satu hantaran di Threads bertanya pendapat ramai tentang tindakan yang perlu diambil terhadap penyewa berkenaan.

Keadaan rumah penyewa yang dikongsi Ecah. 

Dia turut memuat naik gambar keadaan rumah yang bersepah selain memberitahu pernah menerima aduan daripada jiran tentang bau busuk dari rumah tersebut.

"Jahat ke aku sebagai pemilik rumah kalau halau penyewa dari 'neraka' ini? Bil elektrik tertunggak sampai RM3,000, bila aku sampai kena cabut meter. Penyewa ini pernah viral sebab Anzalna tolong dia bagi keperluan anak-anak.

"Bila setahun dia buat macam ini, tak tahu nak kata apa dah. Sampai jiran-jiran mengadu bau busuk dan kencing kucing," luahnya.

Anzalna sebelum ini pernah berkongsi tindakannya menghulurkan bantuan dengan membeli keperluan buat tiga anak kecil pasangan penyewa berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain