PELAKON Anzalna Nasir berpendapat tiada keperluan bagi mana-mana individu termasuk rakan artis untuk bersikap sombong sesama manusia.Bagi Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 38, kelebihan dari segi kekayaan, kecantikan mahupun kepandaian bukanlah alasan untuk mendabik dada kepada orang lain. "Akhir-akhir ini asyik terbaca fasal artis yang sombong. Tapi bukan hanya sekadar artis, sesiapa sahaja pun boleh jadi seperti itu. Anzalna berkongsi perkara itu di halaman Threadsnya. "Kadang terfikir juga, apa gunanya bersikap sombong? Kalau rasa diri kaya, akan sentiasa ada yang lebih kaya. "Kalau rasa diri cantik, ada lagi yang lebih cantik. Kalau rasa diri pandai, ada yang lebih bijak," katanya.Anzalna berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads miliknya pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah boros berbelanja RM100,000 untuk barangan mewah, Anzalna Nasir kini pilih bantu insan memerlukanARTIKEL BERKAITAN: Hampir minta batal perjalanan, Anzalna Nasir kongsi pengalaman luar biasa naik ‘submarine’ bersama keluargaHantaran tersebut dibuat susulan dakwaan netizen mengenai segelintir selebriti yang dikatakan bersikap sombong apabila disapa oleh peminat di tempat awam.Dalam pada itu kata Anzalna kesabarannya juga ada batas terutama jika berhadapan dengan individu yang tidak tahu menghormati orang lain.Tambanhnya, dia tidak teragak-agak untuk memberikan layanan yang sama sekiranya terdapat individu berlagak sombong walaupun sudah berkali-kali bertemu.Anzalna akan bersikap sombong sekiranya dilayan seperti itu. "Tapi kalau orang sombong dengan saya walaupun sudah 10 kali berjumpa, saya mungkin akan 'match their energy' (balas dengan sikap yang sama)," ujarnya. Sebelum ini halaman Threads menjadi kecoh apabila netizen mendedahkan terdapat beberapa artis yang dikatakan sombong dengan mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!