PELAKON Anzalna Nasir mengambil pendekatan lebih berhemah dalam berbelanja selepas menyedari wang yang dimiliki boleh digunakan untuk membantu insan memerlukan.
Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata dia sebelum ini tidak keberatan berbelanja lebih RM100,000 hanya untuk memiliki barangan mewah.
Namun, pandangannya kini berubah seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri.

Anzalna semakin matang dalam kehidupan.
“Dulu, saya tak kisah berbelanja lebih RM100,000 untuk membeli barangan mewah. Sekarang pun masih membeli apa yang saya suka, cuma tidaklah keterlaluan seperti dulu,” katanya.
Anzalna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya.
Katanya, dia mula sedar harga sebuah beg berjenama mampu memberi manfaat lebih besar kepada insan memerlukan berbanding sekadar kepuasan peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tumpang rezeki, Anzalna memang manjakan anak-anak dengan kemewahan
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir minta batal perjalanan, Anzalna Nasir kongsi pengalaman luar biasa naik ‘submarine’ bersama keluarga
“Saya mula sedar harga sebuah beg berjenama sebenarnya mampu mengenyangkan ramai keluarga, menyara ibu bapa yang sedang kesusahan, dan membantu seseorang untuk bangkit semula dalam kehidupan mereka,” katanya lagi.
Tambahnya, peningkatan usia membuatkan dia lebih mahu mendekatkan diri dengan Allah dan berharap dapat kekal istiqamah dengan niatnya itu.
"Semakin meningkat usia, hati saya hanya mahu dekat dengan Allah.

Anzalna mahu membantu insan memerlukan.
"Hidup juga terasa lebih bermakna apabila melakukan kebaikan, memberi (kepada yang memerlukan) serta mencari keberkatan-Nya.
"Saya berharap akan terus istiqamah, doakan saya," ujarnya.
Perkongsian tersebut meriah pujian netizen yang rata-rata turut mendoakan agar dirinya dapat istiqamah dengan apa yang dilakukan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


