suria

Caprice diperintah arkib 31 hantaran didakwa fitnah Asyraf Khalid di IG, peguam terima maklum balas positif selepas anak guam berani ambil tindakan

Ramai berpuas hati apabila Asyraf (kir) tampil mengambil tindakan terhadap Caprice.

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan penyanyi rap, Caprice menyimpan 31 hantaran yang didakwa berunsur fitnah terhadap usahawan Muhammad Asyraf Khalid, dalam arkib Instagram (IG) miliknya pada Isnin menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak. 

Peguam yang mewakili Asyraf iaitu Abdul Hakeem Aiman berkata, ramai yang berpuas hati apabila anak guamnya tampil mengambil tindakan tersebut. 

"Sebelum ini mungkin ramai yang mahu bersuara atau lawan tetapi tak semua ada keberanian, kemampuan dan sokongan keluarga untuk ambil tindakan sedemikian (undang-undang). 

Abdul Hakeem (kanan) mewakili Asyraf dalam menggendalikan kes injunksi terhadap Caprice.

Abdul Hakeem (kanan) mewakili Asyraf dalam menggendalikan kes injunksi terhadap Caprice.

"Saya percaya Asyraf menerima sokongan sama daripada kawan-kawan dan keluarga," katanya ketika dihubungi mStar. 

Menurut Abdul Hakeem, pihaknya juga berpuas hati dengan keputusan yang dibuat Hakim, Datuk Anand Ponnudurai apabila turut membenarkan permohonan injunksi 'ad-interim' atau sementara yang dibuat oleh anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu. 

"Hakim berpuas hati di dalam permohonan yang plaintif lakukan iaitu pihak kami mendapatkan satu perintah ad-interim ex-parte iaitu permohonan injunksi bagi satu pihak. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Asyraf Khalid mahu saman Caprice... nama tercalar hingga dilabel pedofilia, jadi mangsa ‘body shaming’

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice bakal hubungi Asyraf Khalid…. “‘Celah’ mana awak ini selebriti?”

"Injunksi ini akan menjadi inter parte iaitu dua pihak kalau katakan Caprice masukkan pembelaan dan menjawab kepada permohonan injunksi tersebut. 

“Kalau dia tidak menjawab, perintah injunksi ini akan terpakai seperti mana dibenarkan oleh mahkamah semalam (Isnin). 

"Hakim telah memerintahkan bahawa segala penerbitan yang dilakukan oleh Caprice yang mana merujuk kepada 31 penerbitan di media sosial berkenaan Asyraf perlulah diarkibkan atau disembunyikan," ujarnya. 

Caprice diperintah untuk menurunkan sebanyak 31 hantaran di media sosial berkaitan Asyraf.

Caprice diperintah untuk menurunkan sebanyak 31 hantaran di media sosial berkaitan Asyraf.

Sebelum ini, Caprice atau Ariz Ramli, 37, berang dengan tindakan Asyraf menjemput seorang lelaki yang juga jurulatih kecergasan sebagai tetamu podcast miliknya. 

Jurulatih berkenaan didakwa pernah melakukan penganiyaan dengan mencederakan beberapa individu termasuk melakukan ugutan terhadap dirinya dan keluarga. 

Pada 1 Ogos lalu, Asyraf memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice selepas menganggap kontroversi yang berlaku mencalarkan imej malah menjejaskan periuk nasi sebagai ahli perniagaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain