suria

Segar mata netizen lihat badan sasa Zul Ariffin, ramai wanita ‘cuba nasib’

Foto terbaharu Zul di Instagram menarik perhatian ramai.

PELAKON Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik foto tubuh sasa dan berotot ketika bercuti di sebuah pulau. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Zul dilihat tidak berbaju sambil mempamerkan susuk tubuh tegap dengan otot perut yang jelas kelihatan.

Hantaran itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya, khususnya golongan wanita yang rata-ratanya teruja melihat bentuk badan aktor berusia 39 tahun itu.

Zul dilihat tidak berbaju sambil mempamerkan susuk tubuh tegap.

“Rasa semangat nak buat kerja lepas tengok.

“Tadi mengantuk tiba-tiba segar pulak mata ni.

“Alamak segar,” tulis beberapa pengikut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun depan umur dah masuk 40 tahun, Zul Ariffin nak berubah tinggalkan banyak perkara

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin berseloroh doa mahu 4 isteri, netizen pesan jangan tamak - “Cari seorang dulu bang”

Perkongsian tersebut turut membuatkan ramai wanita ‘mencuba nasib’ dengan meninggalkan komen manja dan ucapan salam perkenalan seolah-olah mahu memastikan kehadiran mereka disedari pelakon itu. 

Pada Julai lalu, Zul memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh dua bulan demi menjayakan watak dalam filem aksi terbaharu lakonannya.

Dalam hantaran itu, Zul turut berkongsi foto perutnya yang berotot sambil menyertakan lagu Enter Sandman nyanyian band legenda Metallica sebagai latar muzik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain