suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita baik menjelang Deepavali... STR Fasa 4 mula dibayar hari ini

Sumbangan STR Fasa 4 disalurkan kepada penerima layak bermula Rabu. -Gambar hiasan

BAYARAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 berjumlah RM1.1 bilion mula disalurkan secara berperingkat kepada 5.4 juta penerima yang layak, bermula Rabu.

Bagi penerima sedia ada, mereka akan menerima bayaran antara 4 hingga 6 November, manakala penerima baharu dan pemohon rayuan yang diluluskan pula mulai 16 November 2026.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, penyaluran itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau persiapan sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurut Anwar, penyaluran STR Fasa 4 diharap dapat meringankan perbelanjaan keluarga yang menyambut Deepavali, selain membantu penerima lain mengurus keperluan harian dan perbelanjaan akhir tahun.

"Menjelang sambutan Deepavali, penyaluran STR Fasa 4 ini dapat sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan keluarga yang meraikannya, khususnya kaum India yang merupakan antara penerima utama STR dengan lebih 630,000 penerima.

"Di samping itu, STR dapat membantu penerima lain mengurus keperluan harian dan perbelanjaan akhir tahun sekali gus melengkapi usaha kerajaan untuk memperkukuh ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, seramai 1.68 juta penerima yang tidak mengemas kini maklumat permohonan selama tiga tahun berturut-turut sudah diingatkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya berbuat demikian.

Golongan berkenaan disaran mengemas kini maklumat menerusi portal rasmi STR bagi membolehkan kelayakan mereka disemak semula untuk tahun 2027 sekali gus dapat memastikan bantuan disalurkan berdasarkan maklumat terkini penerima.

Justeru, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta membuat semakan status STR melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my, manakala maklumat SARA boleh dirujuk di https://sara.gov.my.

Untuk rekod, peruntukan keseluruhan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 berjumlah RM15 bilion, hampir tiga kali ganda pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 2016.

Daripada keseluruhan penerima, empat juta merupakan isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, manakala baki 1.4 juta ialah warga emas tiada pasangan.

Memperincikan mengikut kategori kelayakan, isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah menerima bayaran antara RM150 hingga RM500.

Manakala untuk pendapatan RM2,501 hingga RM5,000, bayaran disalurkan mengikut kelayakan sehingga RM250.

Sementara warga emas tiada pasangan layak menerima RM150.

Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dibuat melalui pengkreditan terus ke akaun masing-masing.

Mereka yang tidak mempunyai akaun bank pula boleh mendapatkan bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Artikel Lain