suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahanan rumah semakin hampir? Najib dilaporkan sedia bayar denda RM50 juta

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International pada Julai 2020.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya bagi membolehkan beliau menjalani baki tempoh hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Menurut sumber, bayaran berkenaan akan dibuat menerusi wakil bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Bagaimanapun peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, pihak pembelaan setakat ini belum menerima sebarang arahan berhubung perkara tersebut.

"Tiada sebarang arahan dan tidak pasti mengenai status semasa. Saya tidak menerima sebarang arahan berhubung denda itu.

"Saya memang tiada maklumat. Jika ada pihak ketiga yang mahu membuat pembayaran itu sekalipun, sepatutnya saya dimaklumkan," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.

Untuk rekod, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta milik SRC International.

Sabitan dan hukuman itu kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 serta Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.

Bagaimanapun, menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari 2024, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 18 September lalu, dilaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, perintah berkenaan tertakluk kepada syarat Najib menjelaskan denda RM50 juta.

Susulan itu, Umno melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi mengumpul dana RM50 juta berkenaan memandangkan aset peribadi dan keluarga bekas Perdana Menteri itu masih dibekukan.

Pada 25 September lalu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata anak guamnya tidak mempunyai wang RM50 juta bagi membolehkannya menjalani tahanan rumah. -The Star

Artikel Lain