suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minho mohon maaf ‘kantoi‘ menipu acara maraton, rasa bersalah dengan pelari lain

Penyertaan Minho dalam sebuah acara maraton mendapat kecaman.

PENYANYI Minho tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi yang mendakwa dia menipu ketika menamatkan larian sejauh 42 kilometer dalam acara 2026 JTBC Seoul Marathon pada Ahad.

Mengakui kesilapan sendiri, Minho juga tidak menafikan dia mendapat bantuan seorang pacer dalam acara berkenaan sehingga berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 3 jam 18 saat.

"Saya memohon maaf kerana mengecewakan ramai pihak menerusi penyertaan saya dalam acara maraton pada 1 November lalu.

Rakaman menunjukkan Minho mendapat bantuan ketika larian. 

"Semuanya berlaku disebabkan kekurangan diri saya sendiri. Sebagai seseorang yang menghargai dan mencintai sukan, saya berasa sangat malu dengan apa yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Enggan terus memanjangkan kontroversi, anggota kumpulan SHINee ini juga sedia melepaskan catatan masa berkenaan dan tidak mengiktiraf penyertaannya dalam acara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Minho kongsi amalan kekal sihat, sudah lima tahun tak makan ubat demam 

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie & V masih bercinta? Spekulasi kembali hangat, didakwa keluar makan bersama di LA

Malah, dia turut meluahkan rasa bersalah terhadap pelari lain yang berusaha menamatkan larian mereka.

"Saya sendiri tidak mengiktiraf keputusan maraton ini dan tidak akan melupakan pengajaran yang diperoleh menerusi pengalaman tersebut.

"Saya juga ingin menyampaikan rasa hormat kepada semua pelari yang mencurahkan keringat dan berusaha bersungguh-sungguh," ujarnya.

Artikel Lain