KEKAL mengamalkan gaya hidup sihat, penyanyi Minho juga mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit seperti demam atau selesema.
Tidak seperti orang lain, Minho akan lebih bergerak aktif jika dia mengalami sebarang simptom demam untuk menyegarkan badan.
Malah, anggota kumpulan SHINee ini juga memberitahu bahawa dia tidak mengamalkan pengambilan ubat jika kesihatannya terganggu.

Aktiviti senaman bantu Minho elak jatuh sakit.
“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya sakit. Dalam lima tahun kebelakangan ini, rasanya saya tidak pernah sakit.
“Jika saya berehat, virus akan terus berkembang dalam badan. Jadi untuk menghilangkan rasa sakit, saya perlu bergerak dan berkata ‘awak tidak boleh masuk dalam badan’.
“Saya melakukan aktiviti senaman, jadi apabila badan terasa sihat, saya tidak perlu mengambil ubat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan di MAMA 2025 jadi bualan, netizen ‘membawang’ kualiti suara G-Dragon yang dianggap memalukan
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Seung Gi harap anak tidak pilih kerjaya seni, banyak tekanan perlu ditempuh
Menurut Minho, rehat yang cukup selepas bersenam dapat membantunya menghilangkan rasa tidak sihat.
Dia juga mendedahkan tidak pernah dijangkiti Covid-19 sejak ia mula menular ke seluruh dunia pada 2019.
“Setahun lepas saya menjalani pemeriksaan kesihatan dan mereka memberitahu saya tidak pernah dijangkiti Covid-19 menerusi ujian darah yang dibuat.
“Mungkin saya mengelak Covid atau Covid yang mengelak saya,” ujarnya berseloroh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


