PELAKON Sarah Azhari tampil menjelaskan mengenai video lama dirinya yang pernah dirakam secara senyap di tandas ketika menghadiri sesi uji bakat dan dijual secara tidak sah.
Sarah, 48, berkata kejadian itu berlaku tanpa pengetahuannya dan dia langsung tidak menyedari wujudnya kamera tersembunyi yang merakam setiap gerak-gerinya sepanjang sesi berkenaan.
“Itu zaman dulu, memang pernah berlaku. Kalau ikut berita lama, mesti tahu ceritanya.

Sarah tidak tahu ada kamera tersembunyi di dalam tandas.
“Saya tak tahu apa-apa. Tengah casting, tapi kamera dipasang di tempat tidak sepatutnya seperti di dalam tandas.
“Bayangkan kamu tengah tukar baju, mana boleh dirakam,” katanya.
Jelas Sarah, situasi ketika itu berlaku pada era undang-undang tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan mangsa sukar membela diri.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Jepun teruk dikecam netizen, diejek hodoh serta terima ugutan bunuh lengkap tarikh kematian
ARTIKEL BERKAITAN: Video reunion tular, netizen bandingkan wajah Nicholas Saputra dengan rakan sekolah
Pelakon itu turut mengingatkan bahawa zaman tersebut memang dipenuhi dengan isu VCD dan DVD haram, menjadikan penyebaran video tidak sah sesuatu yang sukar dibendung.
“Masa itu undang-undang belum ada macam sekarang. Jadi benda macam itu boleh saja di jual beli.
“Zaman dulu DVD haram pun banyak, apatah lagi benda yang bagi mereka keuntungan cepat. Memang dijual secara tak sah,” jelasnya.
Masa tu undang-undang belum ada macam sekarang.
SARAH AZHARI
PELAKON
Sarah berkata, kejadian itu jelas satu bentuk eksploitasi yang memberi kesan besar kepadanya sebagai seorang selebriti.
Namun begitu, dia memilih untuk tidak terus dibayangi trauma dan menganggap pengalaman pahit itu sebagai pengajaran.
“Terutama bila kita dikenali, kesannya memang buruk. Tapi benda yang dah lepas, biarlah berlalu. Jadikan pengajaran, jangan sampai perkara macam itu berlaku lagi,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


