GARA-GARA menerima kecaman hebat mengenai rupa parasnya, ahli kumpulan Yoake no Iris (Iris at Dawn) iaitu Ishida Shion terpaksa direhatkan daripada dunia hiburan.
Sejak debut pertamanya pada 17 Oktober lalu, Shion menjadi sasaran kritikan netizen yang mendakwa wajahnya terlalu hodoh untuk bergelar selebriti.
“Rasanya bukan masalah pada pakaian tapi hidung dia terlalu besar?

Perubahan yang cuba dilakukan Shion.
“Nak jadi artis dia patut berusaha ubah penampilan macam buat muka. Dia terlalu hodoh,” antara komen netizen.
Untuk menangani kritikan, pihak pengurusan memuat naik video makeover Shion pada 2 November lalu di saluran YouTube, namun netizen masih melemparkan kritikan terhadap penampilan penyanyi itu.
Malah, pihak pengurusan juga tidak terlepas daripada diserang netizen apabila ada yang menuduh mereka menggunakan gadis hodoh untuk memperkenalkan Yoake no Iris.
ARTIKEL BERKAITAN: Berani kerana benar, Show Luo lakukan ujian DNA buktikan tiada anak tak sah taraf
ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan di MAMA 2025 jadi bualan, netizen ‘membawang’ kualiti suara G-Dragon yang dianggap memalukan
Disebabkan kecaman yang melampau, pengurusan terpaksa membuat laporan polis dan siasatan kini sedang dijalankan.
Menurut wakil pengurusan, ugutan yang diterima Shion sangat berbahaya, termasuk ancaman bunuh lengkap dengan tarikh, masa, serta cara pembunuhan.
Bimbang dengan keselamatan ahli kumpulan tersebut, pihak pengurusan terpaksa memberhentikan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


