suria

Anak perempuan hidup melarat, Jackie Chan ubah fikiran

Jackie Chan berhasrat untuk berkongsi harta buat anak-anaknya.

NAMA Jackie Chan kembali hangat diperkatakan selepas timbul laporan mengenai keperitan hidup yang dilalui anak perempuannya yang merupakan hasil hubungan sulit dengan  bekas ratu cantik, Elaine Ng iaitu Etta Ng. 

Difahamkan, Etta, 26, memang tidak pernah lekang daripada perhatian ramai kerana kisah hidupnya yang penuh konflik sejak kecil.

Terbaharu, Etta didakwa berniaga secara haram di lorong kaki lima, sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang nasibnya yang dikatakan hidup serba kekurangan kerana tidak menerima sebarang harta warisan daripada Jackie.

Jackie Chan ada anak perempuan hasil hubungan sulit.

Selepas berita itu tular, aktor The Karate Kid mula mempertimbangkan semula keputusannya dan akan memberikan sebahagian harta kepada Etta yang ketika ini melalui kehidupan penuh mencabar. 

Jackie, 71, kini dikatakan sudah mula menyusun pembahagian aset keluarga, termasuk untuk isterinya, Lin Fengjiao dan anak lelaki mereka, Jaycee Chan. 

Menurut sumber, Etta juga mungkin akan dimasukkan sebagai waris penerima harta pelakon itu meskipun kehadirannya tidak diakui.

ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan hanya sentuh bahu, netizen tuduh lakukan gangguan seksual terhadap penyanyi wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan takut mati di set penggambaran

Pada 2011, Jackie pernah mencetuskan kecaman netizen apabila mengumumkan mahu menyumbangkan seluruh kekayaannya dianggarkan HK$11.7 bilion (RM6.2 bilion) kepada sebuah badan amal tanpa mahu memberikan kepada anak-anaknya. 

Untuk rekod, Etta pernah menolak sebagai salah seorang waris harta Jackie. 

Hubungan Jackie dengan Etta diketahui renggang selepas dia dilahirkan hasil hubungan sulit aktor itu dengan Elaine.

Malah Etta juga pernah mendakwa dia tidak pernah menggangap Jackie sebagai bapanya dan rela menjadi seorang gelandangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia