KEHIDUPAN penyanyi dari Indonesia, Chikita Meidy selepas bercerai dengan bekas suaminya, Indra Adhitya terus menjadi perhatian ramai.
Mana tidaknya, wajahnya kini kelihatan lebih ceria dan bahagia sebaik bergelar janda.
Namun, di sebalik senyuman itu, Chikita, 35, mengakui masih menghadapi pelbagai cabaran, termasuk urusan kewangan selepas perpisahannya dengan Indra.

Chikita masih menantikan nafkah anak yang seharusnya diberi oleh bekas suaminya.
Walaupun begitu, dia tetap bersyukur kerana kehidupannya kini lebih bebas dan bahagia.
Chikita berkongsi, masih ada beberapa tanggungjawab yang perlu ditunaikan bekas suami setiap bulan.
Antaranya, nafkah anak sebanyak Rp 2.5 juta (RM620) sebulan yang diputuskan mahkamah masih belum dibayar oleh bekas suaminya itu.
Dia juga menyuarakan rasa kecewa kerana jumlah itu jauh lebih rendah daripada tuntutan asalnya, iaitu Rp 30 juta (RM7,400).
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon sinetron tiada masalah bayar nafkah anak RM6,340 sebulan, tak termasuk kos pendidikan dan kesihatan
ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Zoni baru 2 kali lunas nafkah anak-anak sejak cerai, itu pun kawan tolong bayarkan
Selain itu, Chikita turut mendedahkan dia kini berdepan tunggakan rumah sehingga kerap dihubungi pegawai bank.
“Saya tidak henti dicari pihak bank. Saya cuma cakap saya sudah cerai, silakan cari tukang hutang, saya cuma bekas isteri,” katanya.
Untuk rekod, Chikita dan Indra mendirikan rumah tangga pada tahun 2018, namun mereka disahkan bercerai pada 28 Oktober lalu.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


