KEMUNCULAN semula penyanyi G-Dragon di pentas Anugerah MAMA 2025 sepatutnya menjadi detik gemilang buat legenda K-pop itu, namun reaksi yang diterima di media sosial ternyata jauh berbeza daripada apa yang diharapkan.
Persembahan anggota kumpulan Big Bang itu mencetuskan perdebatan hangat apabila ramai netizen Korea Selatan menganggap aksinya di acara berprestij tersebut sebagai memalukan.
Selesai sahaja anugerah itu bersiaran, topik mengenai G-Dragon terus tular dan menjadi antara perbualan paling aktif di forum Korea.

G-Dragon ketika diumumkan sebagai Artist of the Year.
Pada malam kedua MAMA Awards yang berlangsung pada 29 November lalu, G-Dragon bukan sahaja membawa pulang trofi utama Artist of the Year, malah turut mempersembahkan set berdurasi 15 minit yang kini viral atas sebab yang kurang menyenangkan.
Dalam persembahan itu, G-Dragon membawakan lagu-lagu baharu daripada albumnya Übermensch selain beberapa lagu hit terdahulu.
Namun apa yang mengejutkan ramai adalah kurangnya nyanyian secara langsung, sekali gus mengundang kritikan hebat daripada netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Selamba pakai jubah mandi di tempat awam, netizen label G-Dragon sakit mental
ARTIKEL BERKAITAN: Polis serbu konsert G-Dragon, tangkap pekerja haram
Rata-rata netizen menyifatkan G-Dragon terlalu bergantung kepada vokal Augmented Reality (AR) untuk sebahagian besar persembahan.
Di platform Pann, beberapa topik trending ketika ini dipenuhi komen mengenai persembahan kontroversi tersebut.
“G-Dragon langsung tak boleh keluarkan suara? Kalau macam ini, lebih baik dia tak buat persembahan live.

Netizen pertikai kemenangan G-Dragon.
“Memalukan di peringkat antarabangsa. Persembahan MAMA itu macam ‘accident’ siaran… kalau keadaan dia teruk sangat, lebih baik dia lip-sync.
“Dia dari dulu sorok vokal lemah dengan AR. Dia bukan vokalis hebat, malah bukan vokal utama pun,” tulis netizen.
Kemenangan Daesang (Artist of the Year) G-Dragon turut menjadi pertikaian apabila ada netizen berpendapat ia tidak sepadan dengan mutu persembahannya pada malam itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


