suria

Vanessa Hudgens timang anak kedua, dedah pembuluh darah mata pecah ketika kontraksi

Vanessa selamat melahirkan cahaya mata kedua.

PENYANYI Vanessa Hudgens selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Sabtu. 

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Vanessa menyifatkan proses kelahiran kali ini agak mencabar kerana dia mengalami pembuluh darah di matanya pecah ketika kontraksi. 

"Ya, saya berjaya melahirkan seorang lagi bayi. Proses bersalin kali ini memang satu pengalaman yang luar biasa. 

Vanessa mengalami pengalaman sukar melahirkan cahaya mata kedua. 

"Penghargaan besar buat semua para ibu, anda memang menakjubkan kerana mampu melakukan ini (melahirkan cahaya mata)," katanya. 

Dalam pada itu, Vanessa turut memuat naik swafoto yang menunjukkan matanya merah akibat pembuluh darah di matanya pecah. 

Penyanyi lagu Come Back To Me ini berkongsi swafoto menunjukkan matanya yang merah akibat saluran darah pecah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang perut makin membesar, Vanessa Hudgens umum hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘High School Musical’ sudah kahwin! Vanessa Hudgens pilih pemain besbol sebagai teman hidup

"Bersalin, melahirkan bayi dan pembuluh darah pecah. Haha!," tulisnya berseloroh. 

Pada Julai lalu, Vanessa dan suami, Cole Tucker berkongsi berita gembira apabila mereka bakal menimang cahaya mata kedua. 

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2023 dan melangsungkan perkahwinan di Tulum, Mexico, pada Disember tahun yang sama. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 3 Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia