suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji makin ‘lebat’, isteri fail cerai lepas dapat kerja cikgu - “Aku cintakan dia, tak kuat nak lafazkan”

Komunikasi dan sikap saling memahami antara suami isteri sangat penting dalam meredakan sebarang konflik rumah tangga. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua rumah tangga diwarnai kebahagiaan berpanjangan, malah ada kalanya pengorbanan besar sebelah pihak tetap gagal menyelamatkan sebuah ikatan perkahwinan.

Itulah nasib menyayat hati yang dikongsikan seorang suami apabila kesabarannya selama bertahun-tahun berulang-alik sejauh 100 kilometer setiap hari demi mahu tinggal bersama keluarga akhirnya dibalas dengan permohonan cerai.

Menurut lelaki itu, dia sanggup berdepan pelbagai kepenatan fizikal hingga beberapa kali dimasukkan ke wad kecemasan dalam tempoh empat tahun pertama perkahwinan mereka kerana tidak mahu hidup berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

Bukan semua suami dapat bertahan dengan isteri yang suka mencari kesalahan. -Gambar hiasan AI

Bukan semua suami dapat bertahan dengan isteri yang suka mencari kesalahan. -Gambar hiasan AI

“Sepanjang lapan tahun kahwin, aku sunyi sebab isteri selalu abaikan aku. Setiap hari dia pergi rumah mentua dan balik pukul 10 atau 12 tengah malam. Tapi aku yang ulang-alik 100 kilometer, pukul 4 petang dah sampai rumah.

“Apabila aku tegur dia, aku pula yang dipersalahkan. Akhirnya, demi menjaga keharmonian rumah tangga, aku juga yang selalu minta maaf,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geram sebab dia tidur” - Lelaki cerita punca cerai isteri, tetap lafaz talak tiga walau hanya sekali tak masak

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas sembur air paip terus pakai boxer” - Wanita minta cerai, jijik suami cuci najis tak guna sabun!

Fasa hidup mereka mula berubah pada tahun kelima apabila isterinya berjaya mendapat pekerjaan sebagai guru.

Justeru dia mengakui berasa sangat bersyukur dan mengambil keputusan berpindah ke rumah baharu yang lebih dekat dengan tempat kerja mereka.

Bagaimanapun, kebahagiaan yang diharapkan tidak bertahan lama apabila isterinya didakwa memfailkan permohonan cerai di mahkamah selepas dua bulan bekerja di tempat baharu.

“Bulan itu juga dia dapat gaji pertama, hampir tiga kali ganda daripada gaji tempat kerja lamanya. Semuanya bermula apabila aku tak cukup duit bulan itu sebab kos perpindahan kami mencecah ribuan ringgit.

“Aku gunakan duit simpanan dan gaji sendiri untuk uruskan perpindahan. Bulan itu aku cuma minta pinjam duit dia dan berjanji akan bayar semula bulan berikutnya,” katanya.

Sejak insiden itu, jurang antara mereka semakin melebar sebelum isterinya didakwa membuat keputusan meninggalkan rumah bersama anak-anak.

Suami yang buntu dan hiba itu mengakui jiwanya berkecai setiap kali pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja.

“Setiap petang aku menangis sebab teringat aku selalu mandikan anak-anak. Setiap malam sebelum tidur pun aku menangis sebab aku orang terakhir tidur, nak pastikan anak dan isteri tidur dengan nyenyak,” katanya.

  • Lelaki sanggup ulang-alik 100km demi keluarga.
  • Rumah tangga lapan tahun didakwa bergolak.
  • Isteri didakwa mohon cerai selepas dua bulan kerja baharu.
  • Lelaki mengaku menangis setiap hari rindukan anak isteri.
  • Hampir empat bulan memujuk, lelaki masih berharap rumah tangga diselamatkan.

Tambahnya, kenangan menguruskan anak-anak bersama isteri turut menghantui setiap pagi, sekali gus membuatkan dia semakin sukar menerima perpisahan tersebut.

“Setiap pagi aku menangis sebab teringat aku sentiasa bantu isteri mandikan dan uruskan anak-anak. Aku dah pujuk hampir empat bulan, tetapi keluarga dia menyokong keputusan dia.

“Akhirnya, dia bertekad untuk tinggalkan aku. Sekarang dia dalam proses memohon cerai. Aku tak kuat untuk melafazkannya sebab aku masih cintakan dia,” katanya.

Mengakhiri perkongsian di media sosial, lelaki itu berkata pengalaman berkenaan mengajarnya supaya tidak meletakkan cinta terhadap manusia secara berlebihan kerana setiap yang dimiliki hanyalah pinjaman.

“Pengajaran yang aku ambil daripada kisah ini, jangan cinta makhluk terlalu dalam sebab semua bukan milik kita. Bila-bila masa saja boleh diambil orang atau Allah," katanya.

Artikel Lain